Assalamualaikum w.b.t..
Salam Jumaat untuk semua pembaca kesayangan sekalian. Jumaat adalah penghulu segala hari. Jika pada tahun-tahun yang lepas, Jumaat adalah hari persekolahan dan hari bekerja bagi negeri-negeri pantai barat. Bermula tahun 2014, Jumaat dan Sabtu telah diisytiharkan sebagai hari cuti bagi negeri Johor. Minggu ni jugak adalah minggu kedua bagi tahun 2014. Bagi ak, alhamdulillah, banyak kebaikannya di situ. Mula-mula memang rase janggal, tapi lama-lama, kita akan biasa. Bak kata pepatah "Alah bisa tegal biasa" :) Semoga dengan hadirnya tahun baru, maka akan hadir juga azam dan impian baru dalam diri kita, ke arah yang lebih baik, insyaAllah..
Sebagai muslim, banyak perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan pada hari Jumaat. Perkara yang biasa kita lakukan adalah potong kuku, kan? hehehe.. Bagi kaum Adam pula, adalah diwajibkan untuk mereka menunaikan solat Jumaat. Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim.
Sumber gambar: Pakcik Google |
hari yang dinantikan :)
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian..>_<
ReplyDelete@Shark Kay insyaAllah.. :)
ReplyDelete@Hafiza AizZawa sama2 :)
ReplyDeletealhamdu lillah. syukur. =)
ReplyDelete