Pages

Tips Tingkatkan Keyakinan Diri Bagi Wanita

Hari ni nak kongsi beberapa tips untuk wanita supaya tampil lebih yakin bila berada di luar, especially bila berada di kalangan orang yang penting bagi kita. Gorgeous gituu. Kalau nak tahu, boleh scroll sampai bawah yer.

Antaranya ialah :

1. Pakai pakaian cantik dan menyerlah


Sebelum nak keluar rumah untuk jumpa kawan atau sesiapa je, atau nak pergi shopping ke, cuba cari pakaian yang paling cantik dan menyerlah yang ada dalam almari kita. Tak semestinya pakaian tu mahal je, tapi asalkan apa yang kita pakai tu selesa dan boleh disuaipadankan serta membuatkan kita nampak berseri-seri, tu pun dah memadai rasanya.


2. Berdandan atau bersolek supaya tidak nampak terlalu pucat

Jarang sangat aku jumpa wanita yang tak bersolek bila pergi mana-mana. Even nak pergi pasar pun mesti sapu bedak sikit-sikit kat muka dan merahkan bibir sikit dengan lipbalm atau lipstick. Sebenarnya guna bedak dan guna lipbalm pun dah ok, supaya muka kita tak nampak pucat sangat kan. Nak bagi mata nampak segar sikit, touch up guna eye-liner. Simple kan, hehe


Tips ni pun berguna sangat time kita nak pergi job interview. Sebab first impression tu penting, bila orang yang interview kita tu nampak kita segar dan berkeyakinan je, tak mustahil dorang akan ambil kita bekerja (salah satu faktor interview diterima)


3. Padankan warna pakaian dengan aksesori yang dipakai

Maksudnya di sini, kalau kita rancang nak pakai pakaian serba hitam, pilihan warna lipstick pulak digalakkan menggunakan warna yang terang jugak seperti warna merah, ditambah dengan aksesori di leher (bagi yang tidak bertudung), dan dipadankan dengan kasut bertumit tinggi. Boleh refer kasut-kasut terkini yang ada di entri sini , jika berminat, hehe


Kalau aku, kalau pergi mana-mana selalunya pakai seluar hitam je, senang nak mix and match dengan warna baju, tudung dan jugak kasut.


4. Sentiasa dalam keadaan wangi


Haa, tips seterusnya ni sensitif sikit, hee. Bagi yang badan berbau, pastikan kita sentiasa wangi bila berada di luar. Sebenarnya bukan semua orang orang selesa dengan bau badan kan? Sekurang-kurangnya pakai lah deodoran dan sembur perfume sikit, barulah orang selesa nak berkawan dengan kita, dan kita pun jadi lebih yakin nak berjumpa dengan orang lain.


5. Luaskan lagi pergaulan

Ada pepatah mengatakan "bercinta biar satu, berkawan biar seribu". So, ikutlah pepatah tu, tambah kenalan seramai yang mungkin. Sebab bila kita ramai kenalan ni, kita akan lebih berkomunikasi dengan ramai orang, dapat belajar dari pengalaman orang lain, secara tak langsung boleh buat kita jadi lebih yakin. Nampak tak permainan nya di situ?


Last but not least, just be yourself. Tak perlu ikut orang lain untuk nampak yakin. Cantik itu subjektif. Ada kajian yang mengatakan, ramai lelaki suka perempuan yang berkeyakinan tinggi, sebab perempuan yang berkeyakinan nampak cantik di mata mereka. Kalau nak tahu betul ke tak, kena tanya lelaki sendiri, hiks

Okey, setakat ni dulu perkongsian untuk kali ni, terima kasih sudi baca sampai habis. Semoga bermanfaat untuk semua :))




7 comments:

  1. Nice sharing terima kasih..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian yg bagus ni

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    ReplyDelete
  3. good sharing.. tapi no. 3 tu payah la nak buat ;)

    ReplyDelete
  4. jh da lama x dandan....keyakinan diri tu da lama hilang. Now, cuba nak korek balik hehe

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)