Pages

Tips Untuk Lelaki Berhenti Merokok

Kandungan Potassium (K) dan Magnesium (Mg) dalam petai boleh mengurangkan keinginan perokok tegar ni untuk merokok especially dalam kalangan lelaki. Perempuan mungkin ada tapi tak ramai sangat. Untuk makluman, ramai yang dah meninggal dunia disebabkan hisap rokok ni. Asap rokok yang disedut tu memudaratkan diri perokok itu sendiri, dan asap yang dihembus tu pulak boleh memudaratkan orang lain sekali. Kesian kan? Sedar tak sedar, orang yang tak bersalah pun jadi mangsa. huhu.

Perokok tegar ni sebenarnya kebanyakan dari mereka memang tahu hisap rokok ni banyak sangat keburukannya especially kepada organ dalaman mereka. Tapi mereka susah nak berhenti sebab ketagih dan jadi kebiasaan. Kawan² aku yang merokok memang ada, dorang pernah bagitahu kalau tak merokok sehari rasa tak senang. Perhh macam tu sekali ek keadaan mereka ni? 

Aku selalu pesan kat kawan aku yang suka merokok ni, supaya jaga amanah Allah sebaik-baiknya. Anggota badan pun pinjaman sementara untuk kita. Jangan sampai lukakan diri sendiri, apatah lagi orang lain. Orang yang bunuh diri, gantung diri semua tu adalah berdosa besar di sisi Islam, itu memang kita semua tahu. 

Tapi dalam situasi perokok ni, mereka dah tahu yang merokok boleh memudaratkan diri mereka sendiri. Mereka jugak tahu rokok boleh membunuh manusia dalam diam dan dalam jangka masa yang panjang. Adakah mereka tergolong dalam golongan yang tidak menjaga amanah Allah? Sama-sama kita renungkan dan dapatkan jawapannya dari orang yang lebih arif lagi bijaksana, hehe ^^




3 comments:

  1. tq for the tip....baru tahu petai ni leh guna utk berhenti merokok.

    ReplyDelete
  2. nice ! tapi kalau yang tak suka petai tu? huhu T_T

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)