Pages

Shopping Online Zalora Malaysia Menggunakan Baucer

Alhamdulillah, sekali lagi dapat baucer RM100 dari Zalora. Sebelum ni aku shopping beli handbag je guna baucer tu. Baju-baju kat website tu boleh tahan jugak cantik-cantik, tapi aku tak pernah lagi beli baju online setakat ni. Risau takut tak muat ke, terlebih longgar ke apa. So senang beli kedai, boleh pegang, boleh rasa material kain tu macam mana, lembut ke, keras ke, hihi

Macam Mana Nak Guna Baucer zalora.com?

Hari tu ada seorang blogger comel tanya, macam mana nak guna baucer tu. Ok sekarang saya jawab yer. Harap-harap entri ni membantu beliau dan sesiapa yang belum tahu cara nya :)

Langkah-langkahnya adalah seperti di bawah :

1. Tekan link ni untuk masuk ke website Zalora : www.zalora.com.my

2. Sila 'Log In' akaun Zalora korang. Kalau takde akaun lagi, sila lah 'Register' dulu ye, hihi


3. Lepas dah login, korang akan nampak paparan seperti gambar di bawah. Boleh la pilih mana-mana produk yang korang berkenan. Macam-macam produk ada kat situ ; Baju, beg, kasut, tudung, jam tangan, aksesori dan macam-macam lagi.


4. Bila dah siap pilih barang yang korang nak tu, klik 'ADD TO BAG'. Maksudnya barang tadi dah confirm korang nak beli. Kalau tak confirm lagi nak beli, just klik 'ADD TO WISHLIST' je.



5. Korang di minta untuk masukkan kod baucer/ voucher code yang korang dapat dari pihak Zalora. Lepas tu, klik 'APPLY'

6. Then klik 'SECURE CHECKOUT'


7. Last step, klik 'ORDER NOW'.



In case kalau keluar paparan yang meminta korang untuk pilih akaun bank lepas tu, maksudnya harga korang punya barang tadi dah melebihi dari nilai baucer yang korang dapat. Contohnya nilai baucer RM100, tapi jumlah harga barang RM150. So dah lebih RM50. Maksudnya RM50 akan ditolak dari akaun bank korang.

Kalau korang shopping tak lebih dari nilai baucer, duit dari akaun takkan ditolak. Don't worry guys ! hihi. Selamat berbelanja ye ^^





2 comments:

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)