Pages

Tips Membeli Jam Tangan yang Berkualiti

Fossil white White Fossil Original B ME3069 FO164AC94RRDMY_1
Waktu dulu, kita guna jam tangan sebagai penunjuk masa. Tapi bila dah jejak ke zaman milenia ni, jam dah jadi sebagai aksesori tambahan pulak. Yang lagi best, bila ramai yang menganggap bahawa seutas jam tangan itu bukan sahaja melambangkan personaliti seseorang, tetapi juga sebagai aset, dan juga sebagai rakan karib kepada si pemakai itu sendiri. Jadi, jangan pelik jika ada diantara rakan kita atau kita sendiri yang tidak akan keluar rumah tanpa memakai jam tangan, hehe

Jangan terperanjat jugak kalau ada kawan kita yang sanggup spend duit puluhan ribu ringgit semata mata untuk memiliki seutas jam tangan idaman mereka. (Memang ada! Saya sendiri dah jumpa orang macam ni). So, kalau korang yang sedang baca ni pun tergolong dalam golongan orang yang suka jam tangan dengan harga yang berpatutan dan berkualiti, korang semak dulu tips tips yang saya senaraikan kat bawah ni sebelum beli. Nanti takde la menyesal tak sudah kan, hihi

1. Always go for reliable brands.
Tidak semestinya daripada jenama jenama yang mewah, tetapi beli jam tangan daripada jenama yang korang percaya dan mempunyai reputasi yang baik. Satu contoh jenama jam tangan yang mengeluarkan koleksi jam tangan berkualiti dalam tawaran harga yang berpatutan adalah Casio.

2. Check the originality.
Jika korang nak membeli jam tangan berjenama secara online, pastikan anda menyemak kondisi jam tangan tersebut dengan teliti dan baca butiran yang disediakan. Semak logo, jahitan pada tali jam tangan, bentuk jarum jam dan seumpamanya.

3. Kad warranty / Kad Jaminan.
Pastikan juga jam tangan yang korang inginkan tadi tu dilengkapi dengan kad warranty atau kad jaminan. Jam tangan yang dijual tanpa kad jaminan susah untuk ditentukan tahap kualitinya.

4. Special features.
Cuba setiap fungsi atau ciri-ciri istimewa yang terdapat pada jam tangan tu sama ada ia benar benar berfungsi atau tidak sebelum anda membuat pembayaran. Biasa la orang niaga semua cakap barang dia ok kan. Tapi check la dulu sebelum bayar ok? :)





No comments:

Post a Comment

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)