Dunia di hujung jari. Sebelum ni kalau nak semak baki duit kita dalam akaun Tabung Haji (TH), kita kena pergi ke kaunter TH itu sendiri ataupun boleh juga secara online melalui akaun Maybank2u. Sekarang Tabung Haji Online telah mempunyai website mereka sendiri iaitu www.thijari.com.my.
THiJari ini membolehkan pengguna untuk menyemak baki, melihat penyata akaun 3 bulan terakhir, memindahkan wang dari akaun TH ke akaun tabung haji yang lain, pendaftaran haji, dan sebagainya. Website THiJari ni sangat memudahkan kita sebenarnya, yang penting boleh menjimatkan masa dan juga tambang minyak, hehe.
Untuk menggunakan website THiJari ni, korang kena ada username dan password sendiri terlebih dahulu. Macam mana nak dapat username dan password tu? Korang pergi je ke kaunter TH, bagitahu korang nak buat akaun TH online, nanti pekerja bertugas kat situ akan setup username dan pasword tu untuk korang.
1. Login ke www.thijari.com.my
2. Masukkan ID pengguna / Username
3. Masukkan Kata laluan / Password
Okay. Settle ! :) THiJari ni dah ada dari tahun lepas sebenarnya. Saya pun baru je tahu. Sebelum ni gigih semak baki TH melalui Maybank2u, kena buat dekat ATM bagai. Rupanya dah ada website THiJari 😂 Tapi melalui Maybank2u, kita boleh transfer duit dari akaun TH ke akaun Maybank dan juga sebaliknya. Berbeza dengan THiJari, kita hanya boleh transfer duit antara akaun TH sahaja.
Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak bermanfaat untuk semua.
Terima kasih perkongsian...baru tahu juga ni...alhamdulillah memudahkan...
ReplyDeleteSama-sama kak :)
DeleteBaru tau... hehe.. tq sangat2...
ReplyDeletenampaknya lebih mudah..
ReplyDeletesenang untuk monitor duit ya masuk!
Yup, sangat mudah untuk semua pelanggan TH :)
Delete