Assalamualaikum w.b.t
Entri pertama untuk tahun 2019 ni kita start dengan berkongsi resipi la ye :p Menu yang sinonim dengan orang Terengganu iaitu singgang. Biasa kita dengar orang masak ikan singgang kan. Kali ni saya share resipi daging singgang pulak. Sangat sedap. Bahan-bahannya cukup simple dan nak masak lauk ni pun mudah dan sekejap je.
Resipi Daging Singgang
Bahan-bahan :
Daging - hiris nipis
2 ulas Bawang merah - hiris nipis
1 ulas Bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
1 inci lengkuas - hiris nipis
1/2 inci kunyit - hiris nipis
1 batang serai - hiris nipis
Ketumbar
Ketumbar
Cili api
Garam kasar secukup rasa
Ajinamoto secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara membuatnya:
1) Potong daging dan hiris nipis supaya daging nanti cepat empuk. Basuh sehingga bersih. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan serai. Ohh ye, serai tu kalau nak hiris nipis boleh, taknak hiris pn boleh, heheh.
2) Lepas dah siap basuh semua, masukkan daging, cili api, sedikit ketumbar dan semua bahan hiris tadi ke dalam periuk. Lepas tu masukkan juga garam dan ajinamoto secukup rasa.
3) Masukkan air ke dalam periuk. Kuantiti air tu agak-agak ye, jangan banyak sangat, jangan sikit sangat untuk buat kuah. Bila dah masuk semua bahan, tutup periuk, tunggu sehingga mendidih dan daging tu empuk.
4) Siap. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba :)
ada plk ulam..sdapnya..:)
ReplyDeleteuish.. menarik.. selalu makan ikan je.. tak pernah lagi cuba daging..
ReplyDelete