Pages

Spaghetti Bolognese Meatballs

Assalamualaikum w.b.t.

Kadang-kadang kalau masak benda sama je boring jugak kan. Nak jugak tukar selera buat hidangan western food pulak, hehe. Tekak sendiri ni pulak rasa nak makan spaghetti. Selalu makan kat kedai je, apa kata kita buat sendiri pulak. Makan pun bertambah-tambah dan puas hati. Alhamdulillah menjadi jugak spaghetti saya, hasil campuran beberapa resipi di internet. Saya ubah2 ikut kesesuaian 😛 

Cara masak spaghetti bolognese ni mudah je. Cuma kena rajinkan diri ke dapur untuk masak makanan yang kita suka makan, hehe. Ada bahan yang saya tak letak dalam spaghetti ni, contohnya cheese, lobak merah dan jugak Italian herbs, sebab takde stok tu kat dapur. Tapi rasa spaghetti tu tetap sedap bagi saya walaupun takde 3 bahan yang saya sebutkan tadi. 

Resipi Spaghetti Bolognese Meatballs

Bahan-bahan :

1 bungkus spaghetti
Sos spaghetti (saya guna jenama Prego)
Tomato puree (saya guna jenama duChef)
Daging cincang
Meatball
Cili boh/Cili api/Cili hidup
1 ulas Bawang besar *dipotong dadu
5 ulas Bawang putih *dipotong dadu
Tomato *dipotong dadu
Cheese *option
Lobak merah *option
Italian herbs *option



Cara membuatnya :

1) Masukkan spaghetti ke dalam periuk berisi air. Rebus sehingga spaghetti tu lembut. Titiskan sedikit olive oil supaya spaghetti tak melekat (saya guna margerin je). Kemudian toskan. Simpan air rebusan untuk digunakan masa buat kuahnya nanti.

2) Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis sehingga layu dan kekuningan. Kemudian masukkan lada boh. Tumis sehingga pecah minyak. Boleh jugak guna cili api atau cili hidup untuk bagi rasa pedas sikit spaghetti kita nanti. 

3) Masukkan daging cincang ke dalam bahan tumis tadi. Goreng sehingga daging cincang tadi masak dan sebati.

4) Kemudian masukkan meatball, sos spaghetti, tomato puree dan tomato yang dipotong dadu tadi. Kacau rata dan tunggu sehingga masak. Kalau kuah pekat, masukkan sedikit air dari rebusan spaghetti tadi. Kacau seketika. Tutup api.

5) Tuang kuah ke atas spaghetti. Sedia untuk dihidangkan 😊


3 comments:

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)