Assalamualaikum w.b.t
Terasa kosong je kiranya hidangan kita tidak disertakan dengan pencuci mulut. Selain buah-buahan, agar-agar santan juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut, di samping menambahkan variasi di atas meja makan untuk hidangan tetamu yang bertandang ke rumah kita.
Resipi Agar-Agar Santan Pandan
Bahan-bahan :
20g agar-agar tali
200ml santan kotak
1 cawan gula pasir
1 biji telur
3 helai daun pandan
Air
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Cara-cara membuatnya :
1) Basuh agar-agar terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk bersama air.
2) Masak agar-agar sehingga mendidih dan larut.
3) Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
4) Masukkan pula daun pandan yang sudah disimpul, pewarna hijau dan sedikit garam. Masak sehingga sebati.
5) Pukul telur bersama santan.
6) Tuang bancuhan telur dan santan ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
7) Akhir sekali, tuang ke dalam bekas dan sejukkan. Selepas beberapa minit, kita akan nampak agar-agar kita tadi sudah menjadi dua lapisan, iaitu lapisan santan berada di atas.
Selamat mencuba 😊
Wah, dah lama akak tak makan agar-agar santan pandan nie, masa kecik2 dulu ummie akak selalu buatkan..
ReplyDeleteBoleh la cuba lagi nanti, hehe
DeleteFuhhh .. nampak sedap ni. Kalau ada masa nanti nak try lah ..
ReplyDeleteKena try, simple je nak buat 😊
DeleteAppreciate your bblog post
ReplyDelete