Pages

Ayam Masak Tempoyak

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kepada pengunjung setia blog ni, yang masih sudi berkunjung ke sini. Walaupun tuan blog ni mengalami kesibukan yang melampau, kejap tenggelam, kejap timbul, update entry pun sebulan sekali je sekarang ni 😂 

Musim durian ni kalau tak makan durian memang rugi la kan. Macam-macam jenis durian yang ada. Nak tulis satu-satu pun tak larat sebab banyak sangat, hehe. Tapi ada jugak kan orang yang tak suka makan durian. Yang makan durian, tapi tak makan tempoyak. Yang makan tempoyak tapi tak makan durian pun ada jugak. Nak buat macam mana, selera masing-masing kan.

So hari ni saya nak share ayam masak tempoyak. Masakan ni sangat sinonim dengan masyarakat Pahang. Masakan yang universal sebab boleh guna samada ayam, ikan ataupun daging. Sebelum ni ingatkan orang buat masak tempoyak ni dengan ikan patin je, rupanya ada jugak masak dengan ayam ye. My husband cakap kat Pahang memang biasa la ayam masak tempoyak. Saya pun baru tahu masa dia cakap tu. Ok noted 😅

Bahan nak buat pun tak banyak. Saya guna resipi mak mertua saya. Hanya guna tempoyak, cili api, kunyit (blend sekali). Lepas tu masukkan dalam periuk, tambah air, letak asam gelugur dan daun kesum, garam sikit. Done ! Ada jugak orang letak bunga kantan, tapi saya tak letak, hehe


5 comments:

  1. hehe saya la salah sorang geng yang makan tempoyak tapi tak makan durian hehe

    ReplyDelete
  2. Aduss ayam masak tempoyak....terliurr

    ReplyDelete
  3. Uhh serius ni pertama kali dengar ada yang masak ayam gulai tempoyak.
    Mungkin nak try nanti, tapi tak pasti lah tekak camner ... kalau ikan tu memang biasalah, orang perak la katakan ..

    ReplyDelete
  4. Nice blog thanks for posting

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)