Autocad 2012 | Kaifahaalukum (Apa khabar) my friend, hehee. Hari ni ada satu lagi masalah yang membelenggu diri aku. Nak print autocad, tapi tak boleh pulak, sebab aku punya versi 2012, kat UTM ni guna versi 2007. Memang kena download sekali lagi la nampaknya. Tapi masalahnya nak download tu, punya la lama, hampir satu hari kena tunggu. Takkan nak keluar kot, haishhh!! Masa ni la lecturer aku mintak print semua tu. Tapi takpe la, ni la ujian dunia kn :) Sabar2. Haa, tu je la kot aku nak citer hari ni. Ok, bye ^^
Assalamualaikum w.b.t..
Masa itu emas! |
Time Management | Setelah hampir 4 bulan aku kat UTM ni, baru aku tahu betapa mencabarnya kehidupan kat U ni. Dulu cikgu aku selalu cakap, kat U ni kena la pandai survive, kalau tak, memang susah la. Satu lagi, yang penting bak kata lecturer ak , 'kena independent, not dependent'. Memang tak dapat dinafikan, course yang aku ambil sekarang ni memang busy, lebih-lebih lagi kalau time ada assignment. Fuhh, sampai ada yang tak tidur sebab nak siapkan kerja, termasuklah aku sendiri.
Kadang-kadang tak sempat siap lagi satu assignment, tambah pulak dengan assignment yang lain. So kena la pandai manage masa. Ni pulak aku baru habis final untuk kerja studio aku, time buat kerja ni la aku tak tidur, dan result yang aku dapat, biasa-biasa je la, sesuai la dengan hasil kerja aku yang tak berapa nak siap tu, hehee. Tapi REDO tu harus!!! Sebab nanti ada exam portfolio, so kena la redo untuk naikkan semula markah aku hari tu. And moralnya kali ini ialah, time management tu adalah sangat penting sebagai seorang student, especially student LANDSKAP. I LOVE LANDSCAPE VERY MUCH !!! :)
Zaman Matrikulasi | Sedar x sedar rupanye dah dekat 4 bulan ak tinggalkn zaman matrik ak...tu x tmbah lagi dgn 2 tahun ak blajar kt sane...mse blajar tu mmg rase lame gler, tp kite x sedar sbnarny ia kejap je...yela skang ni MASA sgt cpt berlalu...kalo kite xpandai menggunakan mase yg kite ad tu ngn btl, kite adlh seorg insan yg sgt3 rugi...btl x?? ok, mst ad yg x tau yg program matrikulasi ni ad yg setahun n ad gk yg dua tahun...yg setahun bg student yg result mreka gempak2, n yg 2 tahun lak bg yg result mereka kurang baek...ak sendiri prnah rase cmne blajar mtrik 2 tahun nih... salah satu kelebihan Program Dua Tahun (PDT) ni, mase first year tu kite da blajr ckit2 syllabus drp Program Satu Tahun (PST) pny syllabus...s0 mse second year 6t lbh senang r ckit sbb kite da ad basic...tu la kelebihan yg paling kite blh 6pk...*berbelit2 ckit ayt ak nih...paham ke??hehee...mase kt matrik ni la ak dpt byk pengalaman baru...yela bile hidup bejauhan ngn kuarga bleh la kite rs erti berdikari kn...@ berdiri di atas kaki sendiri...xkn laa asik nk duk bwh ktiak mak je kn...hahaa s0ri kalo terasa...x dinafikan bile blajr kt negeri org ni, kite kne jage nme baek kuarge...jgn laa sbb kite duk jauh dr parents, kite leh wt ikut suke ati je...jgn lupe pd Yang Maha Kuasa...Dia 6pk sume yg kite wt... SEMUA...jd kalo kite nk sorok cmne pn ssuatu prkare tu drp parents, lmbt laun mereka akn tau gk...*ni pesanan utk diri sndiri n pmbace*...dah2, da jauh lari dr topik ni...hahaa...k, sampai cni dlu utk hr ni... :D
daa...
Kolej Matrikulasi Melaka..kt cni la tmpt ak bljr dlu...
Assalamualaikum w.b.t..
Ni la ibu & ayah aku, hehee |
Ni pulak abang long. Orangnya sangat cool. Sekarang ni sedang berkhidmat dengan syarikat Telekom sebagai Pegawai Eksekutif di KL. |
Yang duduk sebelah kanan tu adik aku & yang sebelah dia lak kakak ak. Ni je adik beradik perempuan yang aku ada, hehee |
Baru nak makan buah strwberi kot, hahaa. Orang lain semua dah makan tapi dia je yang lambat, hahaa. Ni abang nombor 3 aku. Sekarang ni tengah study kat UITM Penang kos Mekanikal Engineering. |
Lain sgt2 kn. Kembar tak seiras ni bagus jugak, senang sikit nak bezakan, hehee. InsyaAllah tahun ni ambk PMR. Chayo'2!! |
Haa... cam mane, ramai tak adik beradik aku, hehee. Best sebenarnya adik beradik ramai ni, orang kata lagi ramai lagi meriah. Ok ni je la untuk entry kali ni. Jumpa lagi kalau panjang umur. Salam :)
Gembira @ Sedih ??? | Hari ni yang bertarikh 15 Julai 2011 pada pukul 12 tengah hari, budak-budak matrik sudah boleh semak keputusan UPU dorang.... mesti pukul 12 tengah hari tadi ramai yang sudah duduk depan laptop masing-masing.... hahaa sori la ak tak boleh join dorang.... ak sudah terlambat setengah jam dari dorang (kalo tak silap la....hehee....) untuk semak keputusan 2.... takpe la, ak bagg peluang kt dorang dulu.... dan alhamdulillah, walaupun agak kecewa sikit tapi ak bersyukur sangat, sekurang-kurangnya ak dpt jugak tempat di salah satu IPTA.... kos yang ak dapat 2 takde la gempak sangat berbanding dengan kawan-kawan yang lain.... kos ni sebenarnya pilihan keempat ak masa isi borang permohonan hari tu.... takpe la, yang penting dapat kan.... ak dengar kebanyakannya dapat engineering. Kawan-kawan ak yang ambil STPM pulak ada yang dapat kos Pendidikan Islam, untunglah nanti bakal jadi ustazah.... apa-apa pun, ak gembira sangat dengan apa yang ak dapat sekarang.... mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku....hehee.... Ok, tahniah kepada semua yang barjaya yer, tapi jangan pula kita lupa pada yang tak dapat tawaran UPU tu.... sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka k, InsyaAllah....
Ape-ape pun Universiti Teknologi Malaysia (UTM), nantikan kedatangan ak yeah....InsyaAllah ak akan menjejakkan kaki ke sana nanti :)
Wassalam....
UPU oh UPU..... | 15 Julai nanti semua pelajar lepasan STPM/ Matrikulasi 10/11 akan tahu keputusan UPU dorang, termasuklah ak....tarikh tu la yang wat ak makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah....huhuu.... (bkn orang yang duk bercinta je rs cmni yer....) ak harap ak akan dapat la course dan universiti yang ak minta tu....aminn....
Dan kepada kawan-kawan yang di luar sana yang tengah tuggu result UPU macam ak jugak ni, ak doakan yang terbaik untuk korang k....sekarang ni pun ak tengah berdebar-debar menunggu tarikh keramat tu....hehee....ok, apa-apa pun wish u all luck!! bye,tata titi tutu :D
Terima kasih Tuhan kerana memberikan CINTA untukku,
Merasai nikmat dunia dan mewarnai hidupku selama ini,
CINTA terlalu besar pengertiannya,
CINTA jua adalah fitrah,
CINTA yang paling agung dan paling tinggi bukanlah kepada kekasih hati,
Sebaliknya kepada Allah dan Rasul,
CINTA sesama makhluk boleh datang dan pergi,
Tapi tanpa CINTA kepada pencipta tidak mungkin semuanya benar dan kekal,
Apatah lagi sekiranya CINTA hanya berdasarkan nafsu semata,
Hebatkan penangan CINTA......
Mesti korang dah tahu kan aku nak citer pasal apa untuk post kali ni, hehee. Yelaa tengok tajuk pun dah tahu kan, 'Puding Pelangi'. Tapi aku tak tahu la korang panggil apa, sebab setahu aku setiap tempat beza-beza nama puding ni. Ok skrg ni kita tinggalkan dulu pasal asal usul puding ni sebab misi utamanya kat sini aku nak share pasal cara-cara nak buat puding yang sedap lagi menyelerakan ni :p
Sebenarnya bahan-bahan yang diperlukan teramatlah mudah untuk didapati di pasaran.
Bahan-bahan diperlukan:
1 bungkus agar2
3 cawan gula
1 tin susu cair
7 biji telur
7 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit garam & margerin
Puding yang sudah siap dihidang :)
Cara membuatnya:
1) Mula2 sediakan periuk yang sederhana besar, jangan kecik sangat nanti takut tak muat, hehee2) Letak air yang telah disukat tadi ke dalam periuk.3) Pastu masukkan agar-agar. Tunggu sehingga mixture (air & agar2) tu mendidih.4) Bila mixture tadi dah mendidih, masukkan pula gula. Kacau ia sehingga mendidih.5) Pastu letakkan sedikit garam (tak boleh banyak sangat sebab ni sebagai penambah perisa je)6) Masukkan susu cair dan kacau. Tunggu hingga mendidih.7) Masukkan pula telur yang sudah di kepuk. Letak sedikit margerin.8) Biarkan ia selama beberapa minit, dan letakkan ke dalam bekas.
Kemudian boleh la letak dalam peti sejuk, lepas tu boleh la makan, hehee, senang je kn. So bagi sesiapa yang belum cuba tu, cuba la :D
Wassalam.
Ni adlh buat pertame kalinye ak post kt cni.... hahaa nerveous gak aseny.... ni nk cite ckit, sbnrny ak ad terbaca 1 article yg dibuat oleh sorg pakar m0tivasi ni.... Datuk Dr.Fadzilah Kamsah nameny.... beliau ni salah sorg pakar m0tivasi fevret ak gk la coz care pnyampaian bliau tu mmg bez.... hehee.... ok, bliau ad gtau ttg petua2 utk mncuci hati.... mybe korg dh lame praktikkan bnde ni lam khidupan seharian k0rg, tp bg yg bl0m tu marilah kite same2 wt yer.... mmg x mudah tp xde slhnye kal0 kite cuba kn.... hehee.... j0m2
1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa~ Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100kali sebelum tidur ~ Ini merupakan satu pelaburan yg mudah dan murah. Disamping dosa2 diampunkan, otak pn tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat~ Selain drp memohon keampunan, dpt mncuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran~ Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa. Sekurang2nya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3kali.
5. Bermaafan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikkan kepada diri perkara yang positif~ Jgn sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda~ Paling baik pada waktu mlm sblm tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nk jd baik, brjaya, ceria, brsemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yg disebut sblm tidur dpt dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya..cubalah!!
8. Berpuasa~ Sekiranya dlm berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati~ Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, x sampai hati krn bimbang akn mati bila-bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan~ jgn mkn makanan yg shubhah(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dgn ulama'.
15. Berkawan dgn orang miskin (menginsafi)
16. Pesan pd orang, jadi baik.