Dilarang Lakukan Selepas Makan!!

July 17, 2013

Assalamualaikum w.b.t..
hai hai..hehee entri hari ni lain sikit daripada sebelum ni, sebab hari ni ak nak buat entri tentang kesihatan.. mungkin ade lagi yang belum tahu pasal ni dan mungkin jugak ramai yang dah tahu kan.. kat sini ade beberapa larangan atau dengan bahasa yang lebih lembut, tidak digalakkan untuk kite lakukan especially selepas makan.. info ni ak dapat dari satu artikel dan ak rasa ianya lebih berguna kalau dikongsikan dengan korang, taknak simpan sorang2 tau..hehee ok scroll bawah lagi..

1. Merokok


Kajian daripada pakar menunjukkan bahawa kesan menghisap sebatang rokok selepas makan sama kesannya dengan menghisap 10 batang rokok. Ia menyebabkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit lebih tinggi. Walaubagaimanapun, merokok tetap membahayakan kesihatan, berhenti merokok adalah lebih baik. Lagi satu, merokok jugak menyebabkan pembaziran duit. lebih baik duit untuk membeli rokok tu disimpan untuk perkara yang lebih berfaedah, kalau simpan lama-lama banyak jugak, mane lah tahu duit tu boleh buat modal untuk berniaga..hehee rezeki masing2 kite tak tahu kan.. :)

2. Minum teh

Elakkan minum air teh khususnya teh ais sejurus selepas makan. Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang dimakan sukar untuk dihadam. Saya pun baru tahu yang daun teh pun berasid.. hehehe

3. Makan buah-buahan



Makan buah-buahan sejurus selepas mengambil makanan berat akan menyebabkan perut kembung. Untuk pemakanan yang lebih sihat, buah-buahan boleh diambil 1 hingga 2 jam selepas makan atau seeloknya 1 jam sebelum makan.

4. Banyak berjalan

Hakikatnya berjalan kaki elok untuk kesihatan jantung, tetapi pada masa yang sama ia tidak elok untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil.

5. Mandi



Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ia bukan sahaja akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut malah boleh membuat kita buncit.

7. Minum ais



Minum air yang mengandungi ais sebelum, semasa dan jugak selepas makan akan melambatkan proses pencernaan perut kerana air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru dimakan. Apabila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran sehingga menyebabkan lemak berkumpul dan mengundang pelbagai penyakit terutama kanser dan serangan jantung.

8. Terus tidur



Jangan terus tidur atau baring sebaik sahaja selepas makan. Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik. Masa kecik-kecik dulu pun ak pernah lepas makan je terus baring.. hihihi tapi sekarang ni dah tak buat dah :p

Mungkin ade banyak lagi yang kite tak boleh lakukan selepas makan, tapi ni ak share sekadar yang ak tahu je.. hehe semoga bermanfaat untuk semua k.. :)


You Might Also Like

3 comments

  1. Nice Info. I already put my blog Link. Thank you :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing..pasal teh tu..hm..baru tawu..huhu..tq :)

    ReplyDelete
  3. hehee same la :)singgah lagi yer =)

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)