Ikan Singgang Terengganu
August 30, 2013Assalamualaikum w.b.t..
Dah lama rasanya tak buat entri, dalam seminggu lebih kot.. hehhe tapi ak takkan biarkan blog ni kosong dan berhabuk tanpa entri, at least ak join segmen-segmen dan giveaway yang dianjurkan bloggers, InsyaAllah. Syawal pun dah nak melabuhkan tirainya, 31 Ogos kita akan menyambut hari kemerdekaan negara ke-56, tak sabar rasanya nak melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Okay ehh jap jap.. tajuk ikan singgang, tapi kenapa cakap pasal merdeka? hehee biasa la kot, ak kan suka lari dari tajuk :3 hmm bercakap pasal ikan singgang ni, lauk ni memang sinonim dengan orang pantai timur, especially Kelantan dan Terengganu. Memang sedap ikan singgang ni, cara buat pun tersangatlah simple, heheh dan lauk ni akan jadi bertambah sedap kalau dimakan bersama budu yang diperah asam limau, perghhh.. memang kalah la domino, McD, KFC dan yang sewaktu dengannya tu, hahha.. betul, seriously memang sedap. Ada jugak yang makan nasi berlaukkan ikan singgang ni dengan berulamkan jantung pisang. Tak percaya? Percayalah. This is a true story! :p Bagi yang pernah cuba mesti dia tahu, hehe.. Okay, ak nak berkongsi resipi lauk ikan singgang ni dengan korang, simple je.
|
Bahan-bahan:Ikan tongkol di bersihkan3 biji bawang merah2 biji bawang putih2 inci kunyit hidup2 inci halia2 inci lengkuas2 batang serai ( dihancurkan)5 keping asam keping8 biji cili api (kalau nak lagi pedas, letak lagi banyak)1 liter airGaram secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
- Hiris nipis bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, halia dan lengkuas. Panaskan air dalam periuk.
- Setelah air menggelegak, masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi.
- Bila bawang tu dah layu, masukkan ikan, asam keping, cili api dan garam secukup rasa.
- Kacau perlahan-lahan supaya ikan tu tak hancur.
- Tutup periuk sementara tunggu ikan tu masak.
- Bila rasa kuah tu da ok dan secukup rasa, boleh la tutup api dan siap untuk dihidangkan.
p/s: Hari ni mak masak nasi dagang. Banyak sangat, sampai malam pun tak abis makan kot, hehee.. Mai la datang sini makan nasi dagang :D
9 comments
yumyumm
ReplyDeleteSedapnya ikan singgang.. Makan dengan budu pergh! Nangis nih.. Tambah pulak ngan ulam2an kan, hui meleleh air liur.. Lama tak masak sebab hubby tak suka.. Nak masak utk sorang makan rasa tak berbaloi jer.. Perabih gas jer.. Huhu..
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
@Rosmiza Ali: tula sedap kan? hehe yela, hubby akq xsuka, nk wt cane, kena ikot selera suami la kan, hehe
ReplyDeletefirst time dengar pasal ikan singang tu..hehe :D
ReplyDeleteikan singgang tambah budu. lima kali tambah nasi oiii. letak sikit tempoyak. btw, hai saya orang johor. ha ha ha :)
ReplyDelete@akmal : laa, first time dgr? heehe try la masak lauk ni kat sane :)
ReplyDelete@azyAdnan : hhaa hai org johor.. hehhe expert psl tempoyak rupenye, hhe
lama dah xmkan sggang..lupa rsa dia cmne he3..wlaupn sy org ganu..tp..tp..tp..sy xberapa suka singgang hu3 =) last mkan xthu la bila..kena try mkan blik neh
ReplyDelete@s.k.a : owh, org ganu jgk? hehee xpe2, try mkn lg, netau rase lain pulak dr yg dulu kot hhee
ReplyDeletex pernah makan ikan nih.
ReplyDeleteThis blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)