Merdeka! Merdeka! Merdeka!
August 31, 2013
Alhamdulillah sudah genap 56 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, bebas dari penjajahan, harap-harap akan berpanjangan, amin..
Perkataan 'merdeka' ni sangat meluas maksudnya. Bukan sahaja bebas dari aspek fizikal, tetapi juga dari aspek mental dan jugak emosi. Generasi kita sekarang ni sangat bertuah sebab dilahirkan dalam negara yang merdeka, negara demokrasi, celik-celik mata je dapat makan sedap-sedap (bukan semua). Berbeza dengan negara Islam yang lain, yang sedang berperang untuk mempertahankan dan memperjuangkan agama dan tanah air. Negara-negara mundur dan miskin pulak, berjuang dan berusaha semata-mata untuk mendapatkan sesuap nasi, seteguk air. Bersyukurlah kita kerana masih dapat menghirup udara segar lagi nyaman.
Mungkin kita tak sedar, tokoh-tokoh pejuang negara sebelum ini, sanggup bersusah-payah berjuang untuk membebaskan tanah air daripada penjajah-penjajah. Betapa bahagia dan gembiranya penduduk Tanah Melayu pada ketika itu, bila Tunku Abdul Rahman melaungkan 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!'
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar keamanan yang kita capai sekarang ni akan berpanjangan untuk generasi yang akan datang. Hargailah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu, salah satu caranya adalah dengan mengekalkan perpaduan antara kaum di negara kita sekarang ni, insyaAllah.
p/s: Cikgu kat sekolah dulu pernah cakap, 'generasi korang la yang akan menjadi pelapis mentadbir negara nanti, jadi, belajarlah bersungguh-sungguh mulai sekarang'. Kenapa cikgu ak kata macam tu? Sebab ilmu tu sangat penting, tanpa ilmu, dengan senangnya orang lain akan menindas dan mengambil kesempatan terhadap kita.
9 comments
Marilah kita mendoakan agar negara Malaysia yang tercinta ini dan seluruh warganegaranya tidak kira apa jua bangsa sentiasa berjaya, aman, makmur dan selamat serta dijauhi dari segala kerosakan, huru hara dan malapetaka dengan penuh RASA INSAF DAN TANGGUNGJAWAB.
ReplyDeletebetol kata cikgu 2 =) ganerasi awk la..ganerasi sy dah berjuang dlu2 he3..Malaysia dh aman..skrg Merdekakn dri dan minda pula..Salam Kemerdekaan
ReplyDelete@Ida Syuhada : InsyaAllah.. amin,, :)
ReplyDelete@s.k.a : yap, merdekakan diri dan minda, dr perkara2 yg melalaikan, hehe
ReplyDeletemerdeka..
ReplyDeleteHappy Merdeka Day..!! :-)
ReplyDeleteBeza perjuangan dulu dan sekarang adalah dari segi fizikal dan mental. Sebelum ini kita dijajah oleh British secara fizikal dimana ia jelas kelihatan. Sekarang ini, walaupun kita secara luarannya dilihat merdeka, namun hakikatnya kita sedang dijajah oleh banyak kuasa asing secara mental.
ReplyDelete@Wan Ezzrin happy merdeka day jgk! :)
ReplyDelete@Sylarius Yusof yap, sgt stuju, pnjajahan mental tu yg bahaye.. trima kasih bg pndangan :)
ReplyDeleteThis blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)