Assalamualaikum w.b.t..
Setelah berpenat lelah selama 3 hari di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sekarang la masanya untuk berjumpa dan meluahkan perasaan pada diariku.. hehehe sebenarnye ak baru balik dari program 'Escape', program ni memang khas untuk students landscape. Salah satu tujuan adalah untuk mengeratkan silatulrahim antara senior dan jugak junior.. kalo tak buat program ni, memang susah dah nak jumpe, masing-masing buat hal sendiri, busy la katakan.. hahah
Program tahun ni berbeza sikit daripada tahun-tahun lepas, sebabnye, tahun ni ak kena jadi 'runner'. Tugas ak lebih kurang macam fasi, kena guide anak buah buat ni, buat tu, kena bagitahu dorang lepas ni nak buat aktiviti ape, lepas tu nak buat aktiviti ape, macam tu jelah, takde susah sangat pun, hehehe tapi ak rase macam jadi peserta pun ad jugak, sebab semua aktiviti yang peserta buat, 'runner' pun kena buat jugak, penat sangat. Alhamdulillah sume group members ak sporting, sempoi dan tak kurang jugak aktifnya.. hhaha
Banner buat sendiri ^^ |
So warna tema 'Escape' tahun ni, jeng3.... ORANGE.... nama group kami.... BANABA....
Group members. Awesome! :) |