Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

October 16, 2013

Assalamualaikum w.b.t..
Hari Raya Aidiladha sudah berlalu meninggalkan kita, tapi aura raya tu masih terasa di sini, di kampungku tercinta. Cuti ak tinggal lagi sehari, Khamis malam dah kena balik Johor, huhu sedihnya :'( Nasib baik la boleh balik cuti raya kali ni, tahun lepas ak tak dapat sambut Aidiladha dengan keluarga, sebab mula-mula ak ingat cuti raya 2 hari je, rupanya 4 hari.. *last minutes ak dapat tahu :3

Balik beraya kali ni, at least dapat kurangkan kesedihan dan kekecewaan ak, bukan pasal cinta, tapi pasal lain, hehehe.. Dalam hidup ni, bukan semua benda yang kita nak tu, kita akan dapat, walaupun sudah berusaha, tapi kalau Dia tidak mengizinkan sesuatu tu untuk kita, terima dan redha adalah cara yang terbaik.


Sumber Gambar
Kadang-kadang kita berusaha untuk senyum dan kelihatan gembira di hadapan orang yang kita sayang, di hadapan orang lain, sebab kita tak mahu orang lain tengok kita sebagai seorang yang lemah. Kita berpura-pura kuat, tapi dalam hati siapa yang tahu kan? Namun harus diingat, kecewa macam mana sekalipun, jangan sesekali membuat sesuatu yang dilarang Allah SWT. Kita punya agama, berpegang dengan rukun Islam dan rukun Iman.

Mungkin masa korang baca entri ni, ada yang tengah kecewa, sakit hati pada seseorang. Korang rasa tak tenang. (Mungkin je..) Ak pun pernah rasa kecewa sebelum ni, tapi alhamdulillah sekarang dah ok :) Satu perkara yang kita harus ingat sebagai orang Islam, iaitu dengan sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walau apa pun yang terjadi.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 ) 
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Semasa tengah kecewa atau putus cinta, kalau boleh, elakkan daripada mendengar lagu-lagu yang bertemakan percintaan, kerana ini boleh menambahkan lagi kekecewaan yang sedia ada. "Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh." (AI.com, 2013)

Sebaik-baiknya, banyakkan membaca Surah Yasin, InsyaAllah, hati yang tengah berserabut dan kecewa tu akan kembali tenang. Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Bagi kaum hawa yang 'dikecualikan', korang boleh dengar bacaan surah ni melalui mp3 atau mana-mana teknologi yang ada sekarang :)
Wallahu'alam.

Sumber Gambar
p/s: Entri ni khas untuk anda yang sedang kecewa. Semoga bermanfaat jugak untuk yang lain ^^




You Might Also Like

16 comments

  1. sebagai hambaNYa..memang kita tak dapat lari dari rasa kecewa yg datang dari pelbagai keadaan..harap Naz cepat2 keluar dari perasaan kecewa tu..senyum sokmo:)

    ReplyDelete
  2. setiap kekecewaan pasti digantikan dengan kebahagiaan.... jadi bersabarlah dengan setiap dugaan yang melanda...betul tak? memang bukan mudah, tapi, harus diharungi dan ditempuhi juga...

    ReplyDelete
  3. insya Allah ada hikmah semua yang Allah telah tentukan...kadang2 teguran Allah memeritkan tetapi terbaik untuk kita...kita merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cintaNya...bersabar yer..

    ReplyDelete
  4. bersabarlah kak~ (:
    thanks sharing kak ayat2 tu~

    ReplyDelete
  5. singgah sini dear :) banyakkan sabar ye sebab kita tak tau apa yang menanti kita di masa hadapan

    ReplyDelete
  6. semoga hati yang kecewa tu tenang ea. hanya ALLAH yang mampu ubati rasa kecewa kita. jadi kena sentiasa ingat pada DIA sama ada susah mahupown senang.

    #masih belum terlambat kan nak ucap salam aidil adha? :)

    ReplyDelete
  7. tenangkan jiwa dan ingat padaNya sentiasa..satu perkongsian yang indah..

    ReplyDelete
  8. mungkin ade 1001 hikmah yg menanti..

    ReplyDelete
  9. jgn sedih2 ye sis..

    ReplyDelete
  10. moga mendapat ketenangan dan kemudahan dariNYa..

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)