Tertutup Sudah Tirainya

January 22, 2014

Assalamulaikum w.b.t..


Sepanjang berada di semester 5, wajib bagi kami untuk mengambil subjek Perancangan Sumberjaya Studio  (Resources Planning Studio), iaitu 5 kredit untuk satu subjek, sungguh membuat aku kenal apa itu erti kerjasama dan juga pengorbanan. Bekerja secara berkumpulan memerlukan komukasi yang baik, jika salah cakap, mungkin ada yang akan terasa hati, merajuk dan tidak kurang juga yang akan naik angin. Bekerja dalam kumpulan juga perlukan pengorbanan dari segi masa. Maksudnya kalau ada discussion atau meeting, semua mesti hadir, bukan setakat hadir, tapi juga mengeluarkan dan menyumbangkan idea masing-masing. Barulah suasana meeting tu jadi harmoni :p

Untuk semester 5 ini, projek kami adalah di seluruh daerah Pontian, Johor. Kami perlu design landscape untuk satu Pontian. Nasib baik kami kerja dalam kumpulan, bahagikan tugas masing-masing. Alhamdulillah, segala penat lelah tangis tawa di semester 5 sudah berakhir, dan tertutup sudah tirainya. Rupanya pahit manis yang kami lalui selama ni membuahkan hasil. Ak bersyukur dengan result exam setakat ni, alhamdulillah.. :)



Gambar di atas ni adalah di kawasan Rimba Terjun, berdekatan dengan Taman Rekreasi Rambah, Pontian. Apa yang menariknya dalam design ni adalah, penambahan satu jeti untuk orang ramai datang ke sini. Dalam jeti tu, orang ramai boleh menikmati pemandangan di sekitar Sungai Rambah dan juga pameran. Pameran yang diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengunjung tentang kepentingan menjaga sungai dan juga sejarah serta budaya masyarakat setempat.

Gambar di bawah pula adalah satu projek di Taman Rekreasi UTM, dimana kawasan ini banyak dikunjungi oleh institusi luar seperti sekolah rendah, sekolah menengah dan juga aktiviti kokurikulum untuk mahasiswa UTM di situ sendiri. Keadaan asal di kawasan ini agak baik, cukup dengan kemudahan, seperti tandas, tempat perhimpunan, tapak perkhemahan, wakaf untuk berehat dan sebagainya, tetapi semua itu sedikit sebanyak memerlukan improvement dari segi pengindahan landskap, supaya pengunjung yang datang berasa selesa sepanjang berada di sini.


p/s: Gambar-gambar di atas adalah hasil kerja ak sendiri menggunakan photoshop. Tak sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan pakar-pakar photoshop yang lain :)





You Might Also Like

6 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)