Indonesia, Aku Datang! (Part 1)

February 14, 2014



Perjalanan dari LCCT Kuala Lumpur ke Solo, Indonesia mengambil masa lebih kurang 2 jam, dengan menaiki kapal terbang. Apabila sampai sahaja di airport Solo, kami disambut oleh beberapa orang pensyarah Universiti Muhammadiyah Surakarta (UMS).


Alhamdulillah.. selamat mendarat. :)
Adi Soemarmo Airport, Solo

Sebenarnya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sudah banyak kali bekerjasama dengan UMS, berkaitan dengan Lawatan Akademik dan juga Global Outreach Programme (GOP) dari tahun ke tahun. Tujuan lawatan kami ke Indonesia kali ini adalah bukan sahaja untuk melihat landskap disana, tetapi juga untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang budaya dan cara hidup masyarakat di luar negara. Landskap bukanlah hanya tertumpu kepada menghias taman semata-mata, tetapi budaya, cara hidup masyarakat dan alam semula jadi itu juga adalah sebahagian daripada landskap.

Hari pertama di sana, kami menginap di Hotel Duta Wisata. Kami bermalam di sana cuma untuk satu malam sebab perlu ke tempat lain pada keesokan harinya.


Van yang bawa kami ke mana-mana.. hehehe
Kaunter di Hotel Duta Wisata
Bersiap untuk ke destinasi seterusnya :D

Pada malam pertama berada di sana, kami dibawa untuk menyaksikan satu persembahan teater ‘Ramayana & Dewi Shinta’. Memang seronok tengok teater ni tau, live pulak tu. Persembahan teater ni berlangsung selama dua jam jugak kalau tak silap aku, hehehe

Menonton teater kat dalam sana..
Masih menunggu..(Photo cc: Ibu Yayi)
Barisan ahli muzik profesional..(Photo cc: Ibu Yayi)
Takut pulak bile mula-mula tengok yang baju putih tu..(Photo cc: Ibu Yayi)
Ditikam oleh Ramayana.. ouchh!! (Photo cc: Ibu Yayi)
Next.. (Photo cc: Ibu Yayi)
Bergambar bersama 3 pelakon teater :)

Hari kedua, kami dibawa ke tempat membuat kopi secara tradisional. Tempatnya berdekatan dengan lereng Gunung Merapi, Indonesia. Tempatnya agak terpencil, beberapa kilometer dari jalan utama untuk sampai ke sini.

Kopi Robusta, terbaikkk!
Proses terhasilnya serbuk kopi..
Semasa menggoreng biji kopi..
Tumbuk biji kopi yang sudah digoreng sehinggga lumat..
Pemandangan indah ke lereng Gunung Merapi :)
Lereng Gunung Merapi
Belajar bermain gamelan.. sangat seronok!
Belajar tarian jawa.. ni tarian untuk lelaki je.. rentak nya lebih senang berbanding tarian untuk perempuan..


Membajak.. bonggol lembu tu dah macam bonggol unta pulak..
Belajar membuat kraftangan menggunakan daun kelapa..
Aktiviti memancing bersama-sama :)
p/s: to be continue.....





You Might Also Like

2 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)