Nak Hidup Senang, Kena Rajin Usaha

February 21, 2014

Selamat petang kepada semua pembaca setia :)
Tadi kawan ada share di facebook, mula-mula malas jugak nak baca, sebab panjang sangat ceritanya. Tapi ada sesuatu yang menarik minat ak untuk membaca kisah pemuda ni. Ak baca dari awal sampai habis. Banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil dari kisah tu sebenarnya. 

***************************************************************************************************

Ini ialah rumah tempat saya dibesarkan, dah jadi rumah tinggal dah sekarang ni. Rumput dan lalang pun dah tinggi-tinggi. Tiada penghawa dingin, tiada Nintendo, tiada iPad, tiada komputer, tiada RO Water Filter, tiada Herbalife, tiada pil-pil kurus... hanya rumah papan, tiada ceiling dan kalau waktu tengahari terpaksa lari bawah rumah ada pangkin dan hammock guni untuk rasa sejuk sedikit. 

Ayah saya tak pernah ada hutang bank. Kalau ada pun, kerana salah seorang anaknya nak beli sangat mini-compo pakai finance MBF (ketika itu). Harga RM400 tapi bayar bulan-bulan sampai 4 tahun, tahu-tahu dah bayar RM1500. Tapi itu pakai nama ayah, yang bayarnya ialah orang yang nak radio tu lah. Zaman tu agak cool juga kalau nak jadi rappers atau new jack swing yang gantung CD kat leher dengan hoodies 7 Ringgit di Kedai Mara dan jalan pakai mini-compo

Barang kemas dibeli kerana dia tahu harganya tidak berubah malah akan menaik. Itu sebagai salah satu simpanan tetap. Tapi emak akan pakainya dan gembira. Simpanan cara ni, ramai Mek Klate buat. Pakai emas sampai ke siku, kalau anak cakap nak pergi bayar yuran, dilurutnya 2 gelang (dari berpuluh-puluh yang Mek Klate ada) untuk anaknya pergi jual atau pajak. Tapi, emak saya taklah sampai ke siku. Ada hanya 2-3 utas gelang sahaja. Keseluruhannya kalau ditimbang pun tak sampai 15g. 

Saya belajar dari arwah emak macammana nak meniaga walaupun emak saya bukan usahawan. Emak memang hidup tak boleh tak ada air batu (saya selalu tegur dia tentang benda ni). Elektrik masuk ke rumah hanya pada tahun 1988, sebelum itu kami semua pakai gasolin sahaja dan terpaksa beli ais di pekan. 

Bila dah masuk elektrik, emak pula buat request kepada ayah nak beli peti sejuk. Ayah kata, bajet tiada. Kalau belanja beli peti ais, nanti dapur tak keluar asap. 

Tapi akhirnya, sayangkan isteri lah katakan. Beli juga peti ais tu. Dalam 2 bulan, emak dah dapat balik duit beli peti sejuk tu. Peti sejuk 1 pintu dengan harga RM500. Lori SINGER datang hantar dari Pekan Triang. 

Atas peti sejuk, ada tabung lutsinar untuk letak duit. Emak mula buat aiskrim "Malaysia". Ada aiskrim jagung, asamboi, cendol dan macam-macam lagi. Emak bagitahu saya, bawa budak-budak main di laman rumah kami. Pelik juga, dulu dia marah pasal habis pokok bunga dia kami lunyaikan dengan bola dan orang. 

Rupanya, ada trick. Setiap petang, tak kurang 40 batang aiskrim habis. RM0.10 x 40 batang x 30 hari = RM120 x 2 bulan = RM240. Belum cover lagi kos beli peti sejuk. Untung memang boleh kata 95% kerana kadangkala dalam kenduri, dari air lebihan tu dibuang membazir, emak akan tanya untuk bawa pulang. Esoknya, dah jadi aiskrim. 

Inovasi seterusnya ialah... AIS KEPAL. Asalnya tak pakai mesin pun, hanya pakai penyagat ais sahaja yang jauh lebih murah dari mesin ABC sekarang ni. Ais Kepal boleh dijual dengan harga RM0.30 dan itu lebih menguntungkan. Jika budak-budak memang sangat suka. Seingat saya, perniagaan berkembang kerana peminat ais kepal bukan sekadar budak-budak. Ramai juga dari kalangan orang tua. 

Kedudukan rumah ini pula di jalan sambungan antara Felda Tementi dan Rentam. Budak sekolah Menengah yang tinggal di Felda Rentam akan melalui rumah saya ini dan pasaran berkembang lagi. 

Mudahnya, dalam 2 bulan sahaja kos pembelian peti sejuk 1 pintu itu telah berbayar. Tapi, emak saya bukan seorang usahawan. Setelah semuanya mencukupi, dia taklah membesarkan perniagaan yang kecil itu. Sampai kepada saya sekarang, saya akan terus besarkannya. Rumah inipun sudah lama dan kami pun tak duduk di sini lagi. Jika melalui kawasan ini dan nampak rumah ini, ia masih dalam keadaan yang sama. 

Saya juga gunakan cara yang sama. Buat sesuatu dengan fungsi pelbagai. Jika dahulu suka travel, bulan 3-4 semasa di Malaysia low-season untuk wedding, biasa memang saya akan berada di Europe. Saya nak berjalan di sana, tetapi saya tidak mahu habiskan wang yang saya kumpulkan sebaliknya, pergi dan gunakan skill fotografi saya untuk membayar kembali kos perjalanan yang sangat tinggi itu. Akhirnya, berjalan pun dapat, pengalaman juga dapat, portfolio pun dapat dan duit pun siap banyak lebih untuk bawa balik ke Malaysia. 

Hanya perlu rajin...insyaAllah boleh kaya. Bagaimana emak tak suka orang miskin merungut dan merengek nasib menyalahkan orang lain. Begitu juga saya benci orang menyalahkan nasib hidupnya kepada orang lain. Orang begini, tukar pemimpin ratus kali pun sama juga akan jadi loser. Orang yang rajin, campak ke mana-mana pun boleh jadi kaya.

***************************************************************************************************

Sumber : SAIFUL NANG (Budak Felda Tementi)




You Might Also Like

5 comments

  1. bila tengok rumah nie,teringat rumah lama dulu...

    ReplyDelete
  2. ade baca jugak tadi..tak sangka pulak org tementi je pun saiful nang ni..hahaha...jiran2 kot...!
    *ambik pengajaran

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)