Sebelum aku bercerita panjang lebar, aku nak tanya la kan, pernah tak bila korang buka sesetengah blog tu, korang tak dapat nak baca, semua hitam je korang tengok, dan kat tengah-tengah tu, akan keluar satu kotak yang suruh korang klik "Like" facebook dulu, pastu baru korang boleh baca entri blog tu. Kebanyakan blog-blog artis dan blog-blog gosip yang guna kotak "Like" facebook macam tu. Aku selalu je kena, dari tengah bersemangat nak baca pun terus jadi malas nak baca, hehehe. Tapi sekarang tak lagi, sebab aku dah dapat satu cara nak mengatasi masalah ni. Cewahhh macam masalah besar pulak kan.. hahaha
Perlu diingatkan bahawa tutorial ni ditujukan kepada orang yang malas nak klik "Like" tu, kalau nak klik takde masalah, sebab tolong menolong kan amalan mulia.
Jadi kali ni aku nak share satu cara untuk hilangkan atau buang "Like" button tersebut. Ikut step by step ok, jangan gelabah :)
1. Masa korang buka sesetengah blog, akan keluar macam kat atas ni kan? It's ok, jangan risau.. |
2. Tekan button F12 pada KEYBOARD anda. Lepas tu akan keluar macam ni. Klik pada perkataan "ELEMENTS" yang aku bulatkan warna MERAH kat atas. |
p/s: Thanks to MAABA for telling me this tip. Big claps for him ❤
Kelawar? Apa itu kelawar? Aku rasa ramai antara kita apabila menyebut tentang kelawar, secara automatik akan terbayang badannya yang berbulu dan 'menggelikan'. Betul tak? Tak betul ek? Takpe, yang pasti, aku akan terbayang macam tu bila aku dengar orang bercerita tentang spesis mamalia terbang ni. Sebabnya aku sendiri pernah nampak dengan mata aku sendiri dan aku rasa aku tak boleh terima spesis ni kat dunia ni.. hahaha.. Okay ak gurau je. Walaubagaimanapun, kelawar jugak adalah makhluk ciptaan Allah. Biarkan mereka hidup dengan tenang.
Reaksi bila dengar cerita kelawar |
Tapi memang aku tak suke kelawar sebab diorang ni pernah bermukim kat dalam bumbung rumah aku ni. Bukan sehari dua, tapi bertahun-tahun jugak lamanya. Bayangkan bagaimana perasaan kami bila hari-hari kena menghidu bau najis dan air kencing kelawar ni. Salah satu cara untuk halau kelawar ni dari menetap kat bumbung tu, adalah dengan meletakkan batang lengkuas kat dalam bumbung tu. Maksud ak, hancurkan sikit bahagian hujung batang pokok lengkuas tu, supaya keluar bau lengkuas, dan untuk beberapa hari memang berhasil. Tapi lepas beberapa hari, kelawar ni datang lagi, sebab bau lengkuas tu dah takde. Kelawar sebenarnya tak suka dengan bau lengkuas. Ni adalah salah satu petua menghalau kelawar.
Pokok lengkuas |
Dan berdasarkan apa yang aku tahu, najis dan air kencing kelawar ni bahaya. Sebabnya adalah najis yang berkumpul dan tertinggal di kawasan pendudukan kelawar tu akan menghasilkan sejenis kulat yang mana spora daripada kulat tersebut boleh mendatangkan masalah pernafasan pada mereka yang menyedutnya. (kalau nak tahu lebih lanjut, boleh google ye :p) Masalah akan bertambah teruk pada mereka yang ada penyakit alahan, contohnya lelah atau asma.
Kelawar ni sebenarnya suka pada tempat yang gelap. Kebetulan pulak kat dalam bumbung tu pun gelap, so itu memang tempat yang paling strategik untuk mereka menginap dan bermalam di situ. Jadi, kalau kita tak mahu dalam bumbung rumah atau dalam loteng rumah kita dihuni oleh kelawar ni, caranya ialah dengan memasang lampu kat dalam tu. Kelawar takkan masuk lagi, InsyaAllah :)
Masa zaman sekolah dulu-dulu, aku selalu ingat yang kelawar tu adalah keluang, dan keluang itu adalah kelawar. Sedikit keliru di situ. Aku pun ingat yang keluang tu lebih besar dari kelawar, so keluang itu adalah mak ayah kelawar, dan kelawar tu adalah anak. Tapi sebenarnya anggapan ak tu salah. Nak tahu kenapa? Ini jawapannya:
Kelawar terbahagi kepada dua iaitu Keluang (Megabats), dan kelawar (Microbat)
(Sumber: Wikipedia)
Maksudnya adalah keluang dan kelawar adalah dari keluarga yang sama, tetapi spesis yang berbeza. Tapi ada jugak spesis keluang yang lebih kecil dari kelawar.
Banyak spesies keluang lebih kecil daripada kelawar terbesar, bagaimanapun perbezaan antara keluang dengan kelawar berasaskan bentuk gigi, dan perbezaan jelas rangka dan bukannya berasaskan saiz semata-mata. Keluang terkecil adalah keluang hidung babi Kitti (Kitti's hog-nosed) sepanjang 2.9 centimeter hingga 3.3 centimeter (1.1 hingga 1.3 inci) dengan berat sekitar 2 gram (0.07 oz). Keluang ini juga merupakan mamalia terkecil. Perbezaan antara kelawar dengan keluang menunjukkan asal evolusi mereka berbeza, dan keluang dipercayai lebih baru berbanding kelawar.
TENTANG KELAWAR DAN KELUANG
Kelawar merupakan sejenis binatang mamalia dari kumpulan yang dinamakan Chiroptera, yang merupakan satu perkataan berasal daripada Greek. Ia membawa maksud 'Tangan Bersayap'. Terdapat sebanyak 1,240 spesis kelawar di seluruh dunia. 70% daripada Kelawar adalah jenis yang menjadikan serangga sebagai makanan mereka manakala bakinya menjadikan buah-buahan sebagai makanan. Di negara kita jenis yang makan buah-buahan ini kita namakan sebagai keluang.
Daripada maklumat di atas ternyata bahawa kehadiran kelawar ni ada juga kebaikannya sebab tabiat mereka yang menjadikan serangga sebagai makanan sebenarnya banyak membantu industri pertanian sebab kebanyakan serangga yang menjadi makanan mereka merupakan serangga perosak tumbuh-tumbuhan. Bagi keluang yang menjadikan buah-buahan sebagai makanan utama mereka, ia sedikit sebanyak mengganggu para pekebun yang mengusahakan tanaman buah-buahan apabila hasil buah pekebun dimakan dan dirosakkan oleh Keluang.
p/s: Aku tak letak gambar kelawar atau keluang kat dalam entri ni sebab aku tak sampai hati nk google gambar spesis tu. Sorry ye :D Tapi ak ada hadiah untuk korang yang minat keluang.. jeng jeng jeng!!!
KELUANG MAN, bangkit menentang kezaliman!! kekeke :p |
Satu drama baru yang telah diadaptasi dari novel 'Aku Bukan Mistress'. Mai aku brief ckit tentang cerita ni ok :p
PENGARAH : Fairuz Loy
PENULIS NOVEL : Acik Lana
TERBITAN : Global Station
PELAKON : Izzue Islam, Anzalna Nasir, Syazwan Zulkifli, Eizlan Yusof, Marissa Jasmin, Mardiana Alwi, Siti Elizad, Shakilla Khoriri, Mohd Fazren
Sinopsis:
Mya Arlissa (Anzalna) terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail (Izzue Islam), lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
Di bawah ni ak nak share link setiap episod untuk tonton drama 'Aku Isterinya'. Selamat menonton :)
>>EPISOD 1>> EPISOD 2 >>EPISOD 3 >>EPISOD 4 >>EPISOD 5 >>EPISOD 6 >>EPISOD 7 >>EPISOD 8 >>EPISOD 9 >>EPISOD 10 >>EPISOD 11 >>EPISOD 12 >>EPISOD 13 >>EPISOD 14 >>EPISOD 15 >> EPISOD 16>> EPISOD 17>> EPISOD 18>> EPISOD 19>> EPISOD 20>> EPISOD 21>> EPISOD 22>> EPISOD 23>> EPISOD 24>> EPISOD 25>> EPISOD 26>> EPISOD 27>> EPISOD 28
Pagi tadi, check emel, tak sangka dapat emel dari 8share dan memberi khabar gembira untuk ku.. alhamdulillah, rezeki..
Dan bila ak check account bank tadi, memang ada pertambahan.. alhamdulillah, setelah sekian lama berblogging, ada jugak hasilnya :) Walaupun nilai yang ak cash out tu tak banyak berbanding blogger lain, tapi ak tetap bersyukur, sekurang-kurangnya boleh tampung duit minyak motor ak pergi dan balik sepanjang praktikal ni.. hehehe
Terima kasih kepada yang sudi singgah di blog ni dan bermurah hati klik 8share kat sini.. Semoga Allah merahmati hidup kalian.. amin.. :)
Kepada blogger lain yang belum cuba iklan 8share ni dan rasa ingin mencubanya hari ni, boleh klik di SINI :)
Sebenarnya kami dah banyak kali plan nak lepak, tapi sebab kekangan masa, masing-masing cuti tak sama, so terpaksa tangguhkan hasrat kami..
Akhirnya, bincang punye bincang, decide punye decide, kami putuskan untuk jumpa and lepak kat Pantai Airport, Kuala Terengganu, atau dikenali jugak sebagai Pantai Teluk Ketapang..
Kebetulan pada hari yang sama, adalah birthday salah seorang antara kami, iaitu Dayah, so kiteorang buat surprise untuk dia, sambut birthday dia kat situ :)
Sekali kita melangkah, kita takkan dapat berundur lagi..
Jadi, kumpulkan dulu semangat yang ada..
Supaya dapat mulakan setiap langkah yang baru dengan yakin..
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..
Insya Allah kita pasti berjaya.
~11 April 2014~
Kali ni ak nak review one of English movie yang dihasilkan pada tahun 2002. Movie ni telah diadaptasikan dari sebuah novel English, ditulis oleh Nicholas Sparks dan diterbitkan pada sekitar tahun 1950. Bagi yang berjiwa sentimental, ak rasa mesti korang suka tengok cerita ni, lebih-lebih lagi perempuan, hehehe dan bagi ak, cerita ni memang sangat romantik dan jalan ceritanya pun menarik.
Barisan pelakon: Shane West (Landon Carter), Mandy Moore (Jamie Sullivan), Peter Coyote, Daryl Hannah
Pengarah: Adam Shankman
Penerbit filem: Denise Di Novi & Hunt Lowry
Selamat menonton :)