Akasia: Aku Isterinya [Full Episode]
April 17, 2014
Satu drama baru yang telah diadaptasi dari novel 'Aku Bukan Mistress'. Mai aku brief ckit tentang cerita ni ok :p
PENGARAH : Fairuz Loy
PENULIS NOVEL : Acik Lana
TERBITAN : Global Station
PELAKON : Izzue Islam, Anzalna Nasir, Syazwan Zulkifli, Eizlan Yusof, Marissa Jasmin, Mardiana Alwi, Siti Elizad, Shakilla Khoriri, Mohd Fazren
Sinopsis:
Mya Arlissa (Anzalna) terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail (Izzue Islam), lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
Di bawah ni ak nak share link setiap episod untuk tonton drama 'Aku Isterinya'. Selamat menonton :)
>>EPISOD 1>> EPISOD 2 >>EPISOD 3 >>EPISOD 4 >>EPISOD 5 >>EPISOD 6 >>EPISOD 7 >>EPISOD 8 >>EPISOD 9 >>EPISOD 10 >>EPISOD 11 >>EPISOD 12 >>EPISOD 13 >>EPISOD 14 >>EPISOD 15 >> EPISOD 16>> EPISOD 17>> EPISOD 18>> EPISOD 19>> EPISOD 20>> EPISOD 21>> EPISOD 22>> EPISOD 23>> EPISOD 24>> EPISOD 25>> EPISOD 26>> EPISOD 27>> EPISOD 28
0 comments
This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)