Tutorial: Cara Hilangkan Button "Like" Facebook Semasa Buka Blog

April 29, 2014

Sebelum aku bercerita panjang lebar, aku nak tanya la kan, pernah tak bila korang buka sesetengah blog tu, korang tak dapat nak baca, semua hitam je korang tengok, dan kat tengah-tengah tu, akan keluar satu kotak yang suruh korang klik "Like" facebook dulu, pastu baru korang boleh baca entri blog tu. Kebanyakan blog-blog artis dan blog-blog gosip yang guna kotak "Like" facebook macam tu. Aku selalu je kena, dari tengah bersemangat nak baca pun terus jadi malas nak baca, hehehe. Tapi sekarang tak lagi, sebab aku dah dapat satu cara nak mengatasi masalah ni. Cewahhh macam masalah besar pulak kan.. hahaha

Perlu diingatkan bahawa tutorial ni ditujukan kepada orang yang malas nak klik "Like" tu, kalau nak klik takde masalah, sebab tolong menolong kan amalan mulia.

Jadi kali ni aku nak share satu cara untuk hilangkan atau buang "Like" button tersebut. Ikut step by step ok, jangan gelabah :)



1. Masa korang buka sesetengah blog, akan keluar macam kat atas ni kan? It's ok, jangan risau..


2. Tekan button F12 pada KEYBOARD anda. Lepas tu akan keluar macam ni. Klik pada perkataan "ELEMENTS" yang aku bulatkan warna MERAH kat atas.


3. SCROLL je mouse korang ke bawah, scroll ke bawah, sampai kotak yang dekat anak panah warna MERAH tu, bertukar jadi BIRU. (Kotak tu je tau, bukan kat lain ye, ingat tu..)

4. Bila korang scroll tu, dan yakin kotak tu bertukar jadi biru masa cursor (anak panah mouse) kena pada perkataan yang korang lalukan dengan mouse tadi, terus klik pada perkataan tu, dan tekan button DELETE pada KEYBOARD anda, sebanyak 2 KALI.

Contohnya macam yang aku tunjuk kat gambar atas tu, bila aku lalukan cursor pada perkataan dalam petak panjang warna MERAH tu, terus kotak yang atas tadi jadi warna biru kan? Ok tu maknanya korang dah boleh terus tekan 
button DELETE pada KEYBOARD korang sebanyak 2 KALI.


Jeng3!!! Kotak "Like" dah takde kan? maknanya korang dah berjaya hapuskan kotak tu, dan dah boleh teruskan pembacaan korang dengan tenangnya, hehehe

Bagi yang dah tahu cara ni, korang boleh share kat kawan-kawan.

"Sharing is Caring" right? :p
Okay tu je, tak susah pun kan? 4 steps je.. kalau tak faham boleh tanya yer. Sekian :)


p/s: Thanks to MAABA for telling me this tip. Big claps for him 




You Might Also Like

2 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)