>>>Segmen tamat pada hari Ahad jam 11.59 pm, 8 June 2014
>>>Klik banner di atas :)
url blog: http://syahidahfadilah.blogspot.com
Perkataan (Watermark): syahidahfadilah.blogspot.com
Cer tengok gambar kat bawah tu. Aku pun tak paham jugak benda ni sebenarnya, tapi bila baca-baca, pasal game rasanya. Aku pun tak sure sangat. Tapi nampak macam best je kalau game. Aku memang suka main game. Lebih-lebih lagi game perang-perang, tembak-tembak.. hehehe tapi ni macam game lumba kereta, err yela kot.. mungkin ada yang lebih faham dari aku.. huhu
Haa ni lah search box yang aku maksudkan tu (rasanya blogger mesti tahu ni :p) Bagi aku, ni adalah salah satu gadget yang penting untuk blog kita. Mungkin pendapat kita tak sama dan tak kisah pasal ni, tapi bagi aku, bila aku singgah ke mana-mana blog, aku akan cari search box tu, dan taip tajuk yang aku nak cari kat situ, sebab senang, klik je terus dapat tajuk yang aku cari tu.
Sebabnya kadang-kadang aku suka baca semula entri-entri yang aku dah baca kat satu-satu blog tu, dan aku akan guna search box tu, taip je keyword yang aku ingat, walaupun bukan semuanya. Tapi bila "search box tu tak ada, terus terbantut niat nak baca. Kecewa la jugak. Hehehe
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Izreen Azminda, Amar Baharin, Syafiq Kyle, Aleza Shadan, Iqram Dinzly, Ika Nabella, Nadia Aqilah Bajuri
Sinopsis:
Mengisahkan Indah Harlina yang dianiayai oleh ibu dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisih oleh ayahnya sendiri Pak Halim. Tiada siapa yang mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga dengan Dato' Sofiya dan Indah bekerja dengan Dato' Sofiya sebagai PA.
Dato' Sofiya memberi Indah kasih sayang dan kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato' Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Tajul Razin, Tajul Fahin dan Tajul Zahin. Anak sulung Dato' Sofiya menerajui perniagaan arwah suami Dato' Sofiya. Tajul Razin anak yang taat pada orang tuanya dan bagi dirinya mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya.
Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya dan bibit-bibit cinta mula lahir. Tajul Fahin anak kedua Dato' Sofiya ingin merebut cinta Indah. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya untuk memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan memberi peluang kepada Tajul Fahin kerana perubahan yang ditunjukkan Tajul Fahin.
Tajul Razin terpaksa melepaskan Indah tanpa kerelaannya dan Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin. Dalam kekalutan, Saiful bekas tunangnya muncul dan membuatkan hidup Indah menjadi huru-hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad mengembalikan Indah kepada abangnya Tajul Razin. Sehari selepas majlis akad nikah indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dan dia melarikan diri untuk mencari ketenangan dan disitulah dia berjumpa dengan Tajul Fahin dan Tajul Fahin menceritakan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu.
Disaat mengecapi kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan bahawa Indah mengandung. Ibu dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpalnya. Tajul Razin dan Indah akhirnya hidup bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan.
Di bawah ni aku nak share link setiap episod untuk tonton drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan'. Selamat menonton :)
>>EPISOD 1>> EPISOD 2 >>EPISOD 3 >>EPISOD 4 >>EPISOD 5 >>EPISOD 6 >>EPISOD 7 >>EPISOD 8 >>EPISOD 9 >>EPISOD 10 >>EPISOD 11 >>EPISOD 12 >>EPISOD 13 >>EPISOD 14 >>EPISOD 15 >> EPISOD 16>> EPISOD 17>> EPISOD 18>> EPISOD 19>> EPISOD 20>>EPISOD 21>> EPISOD 22>> EPISOD 23>> EPISOD 24>> EPISOD 25>> EPISOD 26>> EPISOD 27>> EPISOD 28
Entri ini khas untuk semua pembaca yang mementingkan kebersihan di dapur khususnya di dalam peti sejuk. Aku nak kongsikan salah satu cara bagaimana nak memastikan dalam peti sejuk tu sentiasa berbau harum setiap kali dibuka. Mesti dah ramai yang tahu cara ni sebab cara ni dah biasa suri rumahtangga gunakan di rumah mereka.. hehehe
1. Daun Pandan
Okay, cara pertama adalah menggunakan daun pandan. Ambil sehelai atau dua helai daun pandan, kemudian simpul daun pandan tersebut mengikut citarasa korang. Letak daun pandan yang dah bersimpul tadi kat mana-mana celah dalam peti sejuk.
2. Arang
Cara kedua, menggunakan arang. Ambil beberapa ketul arang yang sederhana kecil je saiznya, letak kat mana-mana ruang kat dalam peti sejuk. Kalau boleh sorokkan sikit arang tu, nanti mencacatkan pemandangan dalam peti pulak kan. Time buka peti, tiba-tiba nampak arang seketul, haaaaa tak ke pelik tu.. hehehe.. Kalau anak kecil tengok, dia ingat kuih, terus dia makan arang tu, haaaaa susah jugak kan. Jadi sebaiknya letaklah kat tempat tersorok sikit :)
3. Esen Vanila
Cara ketiga pula, dengan mencalitkan sedikit esen vanila atau ros kat dalam peti. Kalau tak nak calit, tuang sikit je esen vanila dalam piring kecil, dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya memang memberansangkan. Sangat wangi..hehehe
Inilah sedikit sebanyak tips yang aku tahu dan kongsikan dengan korang. Yang penting, kena selalu cuci peti sejuk di rumah kita supaya tidak berbau. Sebab dalam peti tu, macam-macam makanan yang kita letak, kadang-kadang kita tak sedar ada makanan yang dah expired tarikhnya dan tu pun salah satu faktor yang menyebabkan peti berbau.
Sumber Gambar: Google.com |
Tetiba aku rindu dengan Indonesia, rindu dengan tempe goreng kat sana. Seriously, memang sedap sangat tempe goreng kat sana, tempe kat sana rasa nya sangat fresh, tak sama macam kat sini.. hehehe kalau kat sini, aku memang jarang makan tempe, maybe sebab kat Terengganu ni tak biasa dengan tempe, sebab tu la sepanjang aku belajar kat Melaka dan Johor, aku tak pernah beli tempe, bukan tak pernah, sekali je aku beli, lepas makan tu terus aku tak beli dah lepas tu, sebab tekak aku ni tak boleh terima tempe goreng. Itulah aku :)
Tapi masa aku seminggu kat Indonesia, macam yang aku cerita kat entri ni, elok2 je aku boleh makan tempe. Mula-mula tu susah jugak, tapi lepas kawan aku paksa aku makan, aku makan jugak akhirnya, dan memang sedap. Tengah berasap panas lagi tempe tu diangkat dari kuali :p Kawan yang paksa aku makan tu, sebenarnya dia pun macam aku jugak, tak suka makan tempe, dia pun mula makan tempe bila kat Indonesia hari tu.
Satu perkara yang aku perasan, setiap kali dorang hidangkan kuih-muih, mesti akan ada cili api dihidangkan sekali. Maksud aku, cili tu dimakan sekali dengan kuih kalau kita nak rasa pedas-pedas sikit. Ala cili api yang kecil molek tu, haaa cili tu kan memang pedas. Biasanya cili ni dimakan sekali dengan tempe dan tauhu goreng. Tauhu goreng kat sana pun sedap sangat tau! :p Jus buah pun sangat pekat, bukan pekat dengan gula, tapi dengan buahnya. Sangat sedap.
Nota kaki:
Kalau ada kesempatan dan rezeki untuk ke luar negara, rebutlah peluang itu sebaiknya. Sebab pengalaman berada di negara orang itu sesungguhnya tidak dapat dijual beli. Aku harap dapat pergi ke negara-negara lain lagi jika ada rezeki. Pengalaman akan datang seiring dengan apa yang telah kita lakukan, tidak kira ianya pengalaman manis ataupun pahit, itulah pengalaman. Dan pengalaman juga yang mengajar kita erti kehidupan. InsyaAllah.
Kami melafazkan ikrar,
Akan laksana hasrat murnimu,
Lahir insan bermutu,
Falsafah pendidikan teras teguh..
Kami semat tanda setia,
Didada tertera dua kata,
Berilmu beramal,
Jadi pegangan setiap masa..
Harapan ibu bapa,
Kami tidak persiakan,
Amanah mu guru tercinta,
Pasti kami tunaikan,
Berilmu beramal,
Kata azimat,
Warga pelajar,
Lafazkan semua,
SMK. Manir kan jaya!
Tiada insan di dunia ini, selain daripada ibubapa, yang lebih berjasa dan layak dihormati selain daripada guru kita. Memegang title sebagai guru bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Mereka memerlukan semangat yang kental dan sentiasa bersabar dengan karenah anak-anak didiknya. Guru tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, pensyarah di universiti, dan juga professor, walaupun berbeza sebutannya, tetapi maksudnya tetap sama iaitu pengajar atau pendidik.
Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu ’Umamah al-Bahili Radhiallahu ‘anhu telah berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
Lihatlah betapa bertuahnya seseorang yang menyebarkan kebaikan kepada orang lain, begitulah juga dengan seorang guru yang menyebarkan ilmunya untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.
Hari ini, 16 Mei 2014 merupakan hari istimewa bagi guru-guru di seluruh Malaysia, iaitu Hari Guru. Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh rakyat Malaysia yang bergelar guru terutamanya guru-guru yang telah mendidik dan mengajar aku bermula dari tadika, guru-guru SK. Manir, SMK. Manir, Kolej Matrikulasi Melaka (KMM), dan yang sedang mengajar aku sekarang di UTM, Skudai. Sesungguhnya jasa-jasamu guru tidak ternilai. Juga kepada blogger-blogger yang bergelar guru, Selamat Hari Guru sekali lagi aku ucapkan.
Oreo adalah satu biskut atau cookie sandwich yang terdiri daripada dua keping coklat dan di tengah-tengahnya terdapat krim. Oreo merupakan antara jualan cookie yang terbaik di Amerika Syarikat sejak diperkenalkan pada tahun 1912.
Oreo ni bukan hanya boleh dimakan begitu sahaja, malah boleh digunakan sebagai dekorasi kek dan juga cupcake.
Dan tidak lupa juga, oreo boleh dibuat aiskrim..
|
Aktiviti memasak contohnya membuat kek dan aiskrim oreo dirumah bukan sahaja boleh mengisi masa lapang kita, malah boleh mengeratkan hubungan silatulrahim sesama keluarga. Begitu juga dengan aktiviti berfaedah yang lain bersama keluarga.
Untuk maklumat lanjut mengenai biskut kegemaran nombor satu kanak-kanak ini, boleh klik pada gambar di bawah:
On going status start on 12 May 2014
E-mel dari Nuffnang.. |
Alhamdulillah cek Nuffnang yang pertama dah sampai kat umah. Lepas aku cash-out 21 Mac lalu, 8 Mei dah dapat cek tu. Bulan lepas duit dari iklan 8share masuk ke akaun aku, macam yang aku cerita kat sini. Terima kasih kepada yang sudi singgah dan klik-klik kat blog ni. Semoga Allah SWT merahmati kalian, amin.. Syukur alhamdulillah :)