Jasa-jasamu Guru Tidak Ternilai
May 16, 2014
Kami melafazkan ikrar,
Akan laksana hasrat murnimu,
Lahir insan bermutu,
Falsafah pendidikan teras teguh..
Kami semat tanda setia,
Didada tertera dua kata,
Berilmu beramal,
Jadi pegangan setiap masa..
Harapan ibu bapa,
Kami tidak persiakan,
Amanah mu guru tercinta,
Pasti kami tunaikan,
Berilmu beramal,
Kata azimat,
Warga pelajar,
Lafazkan semua,
SMK. Manir kan jaya!
Tiada insan di dunia ini, selain daripada ibubapa, yang lebih berjasa dan layak dihormati selain daripada guru kita. Memegang title sebagai guru bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Mereka memerlukan semangat yang kental dan sentiasa bersabar dengan karenah anak-anak didiknya. Guru tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, pensyarah di universiti, dan juga professor, walaupun berbeza sebutannya, tetapi maksudnya tetap sama iaitu pengajar atau pendidik.
Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu ’Umamah al-Bahili Radhiallahu ‘anhu telah berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
Lihatlah betapa bertuahnya seseorang yang menyebarkan kebaikan kepada orang lain, begitulah juga dengan seorang guru yang menyebarkan ilmunya untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.
Hari ini, 16 Mei 2014 merupakan hari istimewa bagi guru-guru di seluruh Malaysia, iaitu Hari Guru. Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh rakyat Malaysia yang bergelar guru terutamanya guru-guru yang telah mendidik dan mengajar aku bermula dari tadika, guru-guru SK. Manir, SMK. Manir, Kolej Matrikulasi Melaka (KMM), dan yang sedang mengajar aku sekarang di UTM, Skudai. Sesungguhnya jasa-jasamu guru tidak ternilai. Juga kepada blogger-blogger yang bergelar guru, Selamat Hari Guru sekali lagi aku ucapkan.
0 comments
This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)