Kenapa Dengan Tempe Goreng?
May 22, 2014Sumber Gambar: Google.com |
Tetiba aku rindu dengan Indonesia, rindu dengan tempe goreng kat sana. Seriously, memang sedap sangat tempe goreng kat sana, tempe kat sana rasa nya sangat fresh, tak sama macam kat sini.. hehehe kalau kat sini, aku memang jarang makan tempe, maybe sebab kat Terengganu ni tak biasa dengan tempe, sebab tu la sepanjang aku belajar kat Melaka dan Johor, aku tak pernah beli tempe, bukan tak pernah, sekali je aku beli, lepas makan tu terus aku tak beli dah lepas tu, sebab tekak aku ni tak boleh terima tempe goreng. Itulah aku :)
Tapi masa aku seminggu kat Indonesia, macam yang aku cerita kat entri ni, elok2 je aku boleh makan tempe. Mula-mula tu susah jugak, tapi lepas kawan aku paksa aku makan, aku makan jugak akhirnya, dan memang sedap. Tengah berasap panas lagi tempe tu diangkat dari kuali :p Kawan yang paksa aku makan tu, sebenarnya dia pun macam aku jugak, tak suka makan tempe, dia pun mula makan tempe bila kat Indonesia hari tu.
Satu perkara yang aku perasan, setiap kali dorang hidangkan kuih-muih, mesti akan ada cili api dihidangkan sekali. Maksud aku, cili tu dimakan sekali dengan kuih kalau kita nak rasa pedas-pedas sikit. Ala cili api yang kecil molek tu, haaa cili tu kan memang pedas. Biasanya cili ni dimakan sekali dengan tempe dan tauhu goreng. Tauhu goreng kat sana pun sedap sangat tau! :p Jus buah pun sangat pekat, bukan pekat dengan gula, tapi dengan buahnya. Sangat sedap.
Nota kaki:
Kalau ada kesempatan dan rezeki untuk ke luar negara, rebutlah peluang itu sebaiknya. Sebab pengalaman berada di negara orang itu sesungguhnya tidak dapat dijual beli. Aku harap dapat pergi ke negara-negara lain lagi jika ada rezeki. Pengalaman akan datang seiring dengan apa yang telah kita lakukan, tidak kira ianya pengalaman manis ataupun pahit, itulah pengalaman. Dan pengalaman juga yang mengajar kita erti kehidupan. InsyaAllah.
5 comments
feveret ni tempe...makan cam tu sajo pon sodap hehe
ReplyDeletebetul tu, tempe goreng kat indonesia ada cucuk sekali dgn cili api, baru terangkat bila makan.
ReplyDeletekalau air buah pulak, mesti cuba alpokat..sedap :)
PC tak reti jemu kalau makan tempe..apatah lagi kerepek tempe yang disira..
ReplyDeleteKegemaran ni. :)
ReplyDeletetak gemar sangat makan tempe ni. haha. tp tgok gmbr mcm sedap.. & ramai gak ckp mknn kt indon ni , mmg sedappp
ReplyDeleteThis blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)