Lelaki pertama yang ku kenal selepas aku dilahirkan,
Lelaki pertama yang ku lihat sebaik sahaja aku melihat dunia,
Lelaki pertama yang melaungkan azan ke telinga kanan ku,
Lelaki pertama yang membacakan iqamat ke telinga kiri ku.
Semasa kecil ketika ayah memandikan kita, kita merungut,
Tetapi hari ini, bila kita memandikan ayah, ayah hanya diam seribu bahasa,
Semasa kecil ayah selalu memakaikan kita pakaian yang cantik dan berwarna-warni,
Tetapi hari ini kita hanya memakaikan kain putih sahaja untuk ayah,
Semasa kecil ayah selalu membawa kita ke mana-mana,
Tetapi hari ini, kita hanya mampu untuk membawa ayah ke destinasi terakhirnya.
Kasih ayah tidak ternilai dan tiada tandingannya,
Hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada,
Menyesal di kemudian hari tiada gunanya.
Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak 1435H | Lagi beberapa jam Syaaban akan melabuhkan tirainya, Ramadhan pula yang akan menyusul. Sebagai seorang muslim, kita sudah maklum bahawa bulan Ramadhan adalah bulan Islam di mana wajib bagi kita untuk berpuasa, yang merupakan salah satu rukun Islam. Berpuasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga, dan juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
Bulan Ramadhan juga sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana setiap amalan kebajikan dan amal ibadah yang dilakukan dalam bulan ini akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Itulah kasih sayang Allah kepada hambaNya. Inilah masanya untuk kita meningkatkan amal ibadah dan merebut peluang untuk mendapatkan pahala yang berganda-ganda. Semoga kita antara yang dipilih Allah SWT untuk bertemu dengan malam istimewa iaitu malam 'Lailatul Qadar'. In sya Allah.
Pada kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah, kepada semua umat Islam. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Lakukanlah ibadah dengan sebaiknya kerana tahun depan belum tentu kita akan bertemu Ramadhan lagi. #NoteToMySelf :)
Okay, hari ni hari last aku internship kat company Landskap Arkitek.
Gembira bercampur sedih.
Gembira sebab akhirnya selesai jugak internship aku untuk semester 6.
Gembira sebab dapat bos dan kawan office yang sangat baik, banyak bagi tunjuk ajar.
Gembira sebab selalu dapat makan free.
Gembira sebab dapat pergi site visit kat Tasik Kenyir.
Gembira sebab selalu dapat jalan-jalan sambil belajar.
Alhamdulillah.
Gembira sebab selalu dapat makan free.
Gembira sebab dapat pergi site visit kat Tasik Kenyir.
Gembira sebab selalu dapat jalan-jalan sambil belajar.
Alhamdulillah.
Tapi pada masa yang sama, aku rasa sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan-kawan kat office tu :'(
Banyak kenangan dengan korang dalam tempoh 5 bulan tu.
Banyak benda yang aku dapat sepanjang tempoh tu.
InsyaAllah aku takkan lupakan korang yer.
Semoga kita berjumpa lagi :')
Love you all ❤❤❤
>>>Klik gambar di atas untuk lihat video<<<
Ya Allah.. Allahu akbar.. Ya Rabbi.. :'(
Ini tentang seorang budak OKU 15 tahun yang dikurung sampai kurus kering..
Ya Allah apa lah salah budak ni sampai diperlakukan begini..
Sedih sangat tengok keadaan dia Ya Allah..
Alhamdulillah budak ni masih selamat ketika ditemui oleh Jabatan Imigresen dalam rumah flat..
Menurut sumber di sini, ibu remaja malang ni dah ditahan untuk siasatan lanjut..
Aku tak tahu cerita sebenar macam mana boleh jadi macam ni kat budak ni, so aku tak boleh nak tulis macam-macam, takut nanti bagi maklumat salah..
Apa-apa pun aku rasa bersyukur sangat sebab budak ni masih hidup dan ditemui oleh orang yang bertanggungjawab, sekurang-kurangnya dia mendapat rawatan yang sepatutnya dia dapat..
Persoalannya, di manakah keperikemanusiaan orang yang melakukan kekejaman ni?
Allah sentiasa melindungi orang-orang yang teraniaya lebih-lebih lagi OKU macam ni :'(
>>>BERITA SELANJUTNYA DI BAWAH<<<
Video ni just for fun ye :p
Selfie atau maksud lainnya ialah capture gambar sendiri dengan menggunakan kamera digital atau kamera handphone. Aku tengok selfie ni dah jadi trend zaman sekarang especially di kalangan remaja. Kat mana-mana je mesti ambil gambar, lepas tu pos kat laman sosial. Kan3? hehehe tapi bukan semua la yang macam tu, sebab bukan semua orang yang suka bergambar. Pada mulanya aktiviti ber'selfie' kat Malaysia ni, golongan artis je yang buat, tapi lama kelamaan jadi ikutan peminat-peminat dan tidak terkecuali juga golongan yang lain.
Kalau tak silap aku, sekarang ni, bukan setakat selfie gambar je, tapi video selfie pun ada juga. Hari tu aku ada nampak artis terkenal tanah air, buat video selfie mase tengah show, dan upload kat laman sosial (instagram). Tengah show pun sempat lagi tu. Tapi nak buat macam mana kan, untuk peminat-peminatnya yang tersayang.
Tapi bagi aku, nak ber'selfie' tu boleh, tapi biarlah pada tempatnya. Jangan jadi macam dalam video kat atas tu. Kalau nak tahu korang tengok la video tu. Walaupun video tu dibuat oleh orang dari negara lain, tapi fenomena selfie tu kat mana-mana pun ada. Adakah selfie ni satu virus? 'Penyakit berjangkit' dari jarak jauh ni dah merebak dari satu ke tempat ke satu tempat lain.
Sakit perut aku gelak sambil makan popcorn. Jom saksikan gelagat kucing yang comel ni pulak :D
Buat pertama kalinya aku menang giveaway yang aku join. Alhamdulillah. Aku jadi peserta nombor 71 hari tu, tak sangka nombor tu membawa tuah..hehehe takdelah, ni semua rezeki. Terima kasih kepada penganjur giveaway ni iaitu Diari Jejaka Hangat dan juga kepada sponsor hadiah misteri iaitu Rara Farhana. Hadiah misteri ni dah selamat sampai di rumah hari Isnin lepas.
Tudung awning bercorak pelangi |
Love note :p |
Okay, ni lah dua hadiah misteri yang aku bagitahu tu.. hehehe
Terima kasih sekali lagi kepada penganjur dan sponsor :)
Segmen ni dianjurkan oleh blogger Zurnie Irmani, jom ramai-ramai join dan meriahkan segmen ni. Siapa-siapa yang menang akan dapat doodle yang comel dan warnanya soft gitu :)
No. warna doddle: 3
Nama pada doddle (max-5huruf): Diela
Url penyertaan segmen: http://www.syahidahfadilah.com/2014/06/segmen-doddle-mini-scarf-by-zurnie.html
Alhamdulillah, akhirnya blog ni dah ada domain sendiri. Selepas survey kat blog-blog yang dah ada pengalaman tukar domain, akhirnya aku buat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan NetKL. Banyak jugak blog yang aku refer sebelum beli domain dari mana-mana syarikat. Yela takut jugak sebab aku tak pernah lagi berurusan dengan mana-mana syarikat yang terlibat dalam tukar domain ni. Ni kira first time jugak la. Mula-mula macam takut kalau ada banyak effect kat blog ni, tapi lepas survey dan baca pengalaman blogger-blogger hebat yang lain, aku rasa lebih yakin dan rasa ingin cuba tu membuak-buak.. hehehe
Ramai blogger otai yang sudah berurusan dengan NetKL dan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh staf NetKL ni. Itulah yang buat aku rasa lebih yakin untuk berurusan dengan syarikat ni jugak. Dan memang aku akui, NetKL ni memang terbaik! Sebabnya, lepas aku apply domain dan buat pembayaran, tak sampai satu jam domain blog ni dah transform dari syahidahfadilah.blogspot.com kepada www.syahidahfadilah.com. Alhamdulillah :) Lagi satu yang aku suka adalah layanan dari pihak mereka yang sangat baik terhadap pelanggan. Aku ada emel dorang dan tanya dorang beberapa soalan yang berkaitan dengan domain ni, dan tak sangka respon dorang sangat cepat.
Sebenarnya, tak banyak yang perlu diubah pada setting blog, lepas bertukar domain ni. Tak seperti yang aku sangka. Rupanya yang ada effect hanyalah pada Nuffnang dan jugak Bloglist kita. Tak lupa jugak kepada ranking Alexa. Yes! Memang ada effect kepada ranking Alexa seperti yang dikatakan oleh blogger-blogger yang lain. Tapi jangan risau sebab ranking tu boleh naik semula jika kita ada usaha untuk menaikkan ranking tu. Maksudnya? (Haa mesti tahu kan macam mana nak buat? hehe)
Kesimpulan yang dapat aku buat tentang NetKL ni adalah, perkhidmatan mereka memang cekap, cepat, pantas dan effisen (maksud sama je). Lagi berbaloi sebab kena bayar hanya RM35 (harga domain) untuk satu tahun tidak termasuk RM3 (cas set-up). Kalau korang nak cuba, boleh klik banner di bawah atau di sini. Belum cuba belum tahu.
Nota Kaki:
Sekarang ni dalam proses memasukkan semula blog-blog yang selalu aku terjah ke dalam Bloglist :)
Bila Tiba~Ungu~
Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara
Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan
Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo..
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati..
Beberapa lukisan yang menarik perhatian aku. Adakah ini sesuatu yang menggunakan magik atau sihir? Sudah tentu bukan. Tapi ini sesuatu yang ajaib. Yes! memang ajaib, sebab pelukis yang melukisnya sungguh kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang bukan semua orang mampu melakukannya.
Bila mata kita bergerak, gambar tu akan turut bergerak, bila mata kita statik dan tertumpu pada satu titik sahaja, secara automatik gambar tu juga akan turut statik! Hebat kan pelukis ni? Itulah anugerah Allah SWT yang diberikan kepadanya.
Bila kita lihat dan tenung lukisan ni dalam-dalam, mesti kita akan berasa kagum dengan pelukis ni dan mengatakan dia hebat. Kita tertanya-tanya macam mana dia boleh melakukannya. Tapi pernahkah kita terfikir, siapakah yang menganugerahkan kehebatan itu kepada mereka kalau bukan Allah SWT. Kehebatan dan kebijaksaan yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman untuk sementara di dunia yang fana ini. Janganlah kita takbur dan bongkak dengan kelebihan yang kita ada, sebaliknya bersyukurlah seadanya :)
Aku memang kagum dengan pelukis ni dengan kehebatannya. Dan kehebatan Pencipta yang mengurniakan kehebatan itu kepada hambaNya, adalah lebih hebat. Allahu akbar! Sesungguhnya diri ini sungguh kerdil.
#SelfReminder