Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak 1435H

June 27, 2014

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak 1435H | Lagi beberapa jam Syaaban akan melabuhkan tirainya, Ramadhan pula yang akan menyusul. Sebagai seorang muslim, kita sudah maklum bahawa bulan Ramadhan adalah bulan Islam di mana wajib bagi kita untuk berpuasa, yang merupakan salah satu rukun Islam. Berpuasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga, dan juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. 

Bulan Ramadhan juga sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana setiap amalan kebajikan dan amal ibadah yang dilakukan dalam bulan ini akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Itulah kasih sayang Allah kepada hambaNya. Inilah masanya untuk kita meningkatkan amal ibadah dan merebut peluang untuk mendapatkan pahala yang berganda-ganda. Semoga kita antara yang dipilih Allah SWT untuk bertemu dengan malam istimewa iaitu malam 'Lailatul Qadar'. In sya Allah. 

Pada kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah, kepada semua umat Islam. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Lakukanlah ibadah dengan sebaiknya kerana tahun depan belum tentu kita akan bertemu Ramadhan lagi. #NoteToMySelf :)





You Might Also Like

6 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)