PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
PENULIS NOVEL : Liyana Zahim
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra, Karl Syafiq, Mimi Ernida, Adeline Tsen, Ika Nabila, Mia Ahmad, Zuhairi Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Niena Bahrain, Afzan A.Rahman, Beego
Sinopsis:
Drama Rindu Awak 200%(peratus) mengisahkan kisah perkahwinan Zill Faezrul Iqbal(Zul Ariffin) dan Armel Aisya(Ayda Jebat) yang diaturkan oleh keluarganya. Pada awalnya Armel Aisya menentang perkahwinan paksa itu dan seringkali meminta cerai dari Zill.
Akhirnya Armel Aisya terpaksa menerima suratan takdirnya apabila kekasihnya yang dipuja-puja iaitu Raizil (Jonathan Putra) berdua-duaan dengan wanita lain. Zill Faezrul menerima isterinya Armel Aisya sepenuh hati kerana yakin bahawa itu jodohnya. Tetapi rumah tangganya tidak seperti pasangan lain, masing-masing membuat haluan sendiri.
Tambahan pula Armel Aisya sendiri tidak tahu siapa Zill Faezrul. Ini telah membuatkan pasangan ini bermasam muka dan tidak sekepala. Sampai bilakah masalah rumah tangga pasangan ini akan berterusan? Sama-sama kita saksikan Drama Slot Akasia ini bermula 15 Julai 2014.
Di bawah ni aku nak share link setiap episod untuk tonton drama 'Rindu Awak 200%'. Selamat menonton :)
>>EPISOD 1>> EPISOD 2 >>EPISOD 3 >>EPISOD 4 >>EPISOD 5 >>EPISOD 6 >>EPISOD 7 >>EPISOD 8 >>EPISOD 9 >>EPISOD 10 >>EPISOD 11 >>EPISOD 12 >>EPISOD 13 >>EPISOD 14 >>EPISOD 15 >>EPISOD 16 >>EPISOD 17 >>EPISOD 18 >>EPISOD 19 >>EPISOD 20 >>EPISOD 21 >>EPISOD 22 >>EPISOD 23 >>EPISOD 24 >>EPISOD 25 >>EPISOD 26 >>EPISOD 27 >>EPISOD 28
Air tak selalu jernih, begitu juga ucapanku,
Kapas tak selalu putih, begitu juga hatiku,
Langit tak selalu biru, begitu juga hidupku,
Jalan tak selalu lurus, begitu juga langkahku,
Jika maaf itu boleh diungkap hari ini, untuk apa menunggu hari raya tiba,sedangkan hembusan nafas pun kita tak pernah tahu bila akan berhenti, maka dari itu aku ingin mohon maaf atas kesalahan, kekhilafan mahupun perbuatan yang sengaja & tidak disengajakan. Sebelum Ramadhan pergi, sebelum Aidilfitri datang, sebelum line internet jadi slow, lebih baik aku post entri ni awal-awal, sebab konfirm pagi raya nanti tak sempat dah nak online, hehe
Di kesempatan ini aku menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan kemaafan atas segala salah silap, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin & muslimat, terimalah kad raya istimewa dariku untukmu semua pembaca setia blog ni, Kau Ilhamku :)
Kad Raya 2014 dari Blogger Sally | First time dapat kad raya dari blogger untuk tahun ni. Ehem ! :p Dapat kad raya sebab menang dalam segmen kad raya oleh Sally baru-baru ni. Bukan setakat kad raya, tapi siap bagi business card tau. Design kad raya dan business card ni pun cantik dengan warna ungu. Lembut je warnanya.Terima kasih yer.
Disebabkan kad raya ni dari Sally, jadi entri ni khas saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 kepada Sally. Maaf zahir dan batin. Semoga terus berjaya dalam hidup ! :)
Tema kad raya ni warna ungu ^^ |
Kisah Penghijrahan 6 Artis Wanita Malaysia | Hidayah itu milik Allah. Hidayah tidak datang sendiri tapi kita yang perlu mencarinya. Alhamdulillah semakin ramai artis wanita di negara kita yang sudah berhijrah ke arah yang lebih baik. Semoga penghijrahan ini akan berkekalan. Amin. Mereka ada menceritakan detik-detik manis penghijrahan mereka dan apa yang membuatkan mereka untuk berhijrah, korang boleh tengok dalam video di bawah ni. Diharap perkongsian ini dapat dijadikan iktibar untuk diriku dan juga untuk kita semua.
Wardina Safiyyah
Catriona Ross
Nuremy Ramli
Yatt Hamzah
Diana Amir
Nota SF:
Selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat. Tinggal lagi 7 hari kita berpuasa. Di saat kita senang, jangan lupa pada yang susah. Doakan keamanan untuk negara kita, doakan kemenangan untuk Gaza !
Ujian Dari Allah Untuk HambaNya | Di saat Gaza kehilangan banyak nyawa akibat kekejaman Israel, Malaysia pula kehilangan banyak juga nyawa dalam tragedi pesawat MH17 yang jatuh terhempas. Ada sumber yang mengatakan pesawat MAS MH17 itu ditembak. Wallahu'alam. Belum habis lagi kisah kehilangan MH370, kita dikejutkan pula dengan berita MH17 ini. Ujian dari Allah datang dengan pelbagai cara. Ada negara yang ditimpa musibah dengan kejadian bencana alam, dan negara kita pula ditimpa dengan ujian seperti ini.
Tetapi tak perlulah kita nak menuding jari kepada sesiapa, dan saling bertelagah sesama kita, sama-sama kita doakan dan sedekahkan Al-Fatihah untuk penumpang MH17. Mungkinkah kejadian yang sedang berlaku di Malaysia ni (MH17 terhempas) merupakan salah satu strategi 'mereka' untuk mengalih perhatian dunia daripada kisah di Gaza? Wallahu'alam. Takziah juga kepada keluarga penumpang pesawat tersebut.
" Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali "
#PrayForMH17 #PrayForMH370 #PrayForGaza |
CPUV Bulan Julai | Alhamdulillah, rezeki untuk Julai ni, rezeki di bulan Ramadhan. Harap-harap lama jugak la iklan ni sudi berlegar-legar untuk blog ni. Rakan-rakan blogger lain pun aku tengok ramai jugak yang dapat CPUV yang sama macam kat atas kan, hehe. Okey la, selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat. Untuk maklumat lanjut tentang campaigns tersebut, boleh masuk ke website di bawah ni:
Sudah hampir separuh Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Semoga Ramadhan yang berlalu itu kita sudah isi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan beramal ibadah untuk tingkatkan pahala lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ni.
MasyaAllah, memang banyak juga berita yang kita dengar tentang kekejaman zionis ke atas Gaza, tidak kira kat radio, televisyen, dan jugak di laman sosial. Kalau kat laman sosial tu, jangan cakap la, banyak sangat orang share pasal ni. Itu menunjukkan bahawa rakyat kita sangat prihatin terhadap isu ini. Baru-baru ini jugak di Malaysia ni, banyak ditubuhkan tabung derma untuk Gaza, tabung untuk membantu rakyat di sana dari segi bantuan perubatan dan sebagainya. Maklumat terbaru (setakat aku menulis entri ni), Israel sudah mengebom hospital di Gaza, mereka sengaja memilih hospital sebab ingin putuskan bekalan ubat-ubatan di Gaza. Kejam!
Doktor Pakar Malaysia Sertai Misi Bantuan Perubatan ke Gaza. (Photo credit to AmanPalestin) |
Jadi, kita sebagai umat Islam, tak sanggup rasanya membiarkan saudara sesama Islam di sana diperlakukan sebegitu rupa. Sedih dan sebak membaca berita dan melihat video rakyat Gaza yang hilang kaki dan tangan, hancur badan mereka. Mereka hilang anggota badan kerana berjihad, rakyat di sini hilang anggota badan kerana mercun. MasyaAllah. Kalau kita tak mampu ke sana untuk berjihad, bantulah mereka dengan sumbangan derma, sekurang-kurangnya sumbangan kita itu boleh menampung untuk membeli ubat-ubatan mereka di sana.
Statistik kematian dan kerosakan yang dilakukan oleh Zionis terhadap Palestin. (Photo credit to AmanPalestin) |
Memang itulah yang sewajarnya kita lakukan (sumbangan derma) lebih-lebih lagi bila ini melibatkan kekejaman dan kekerasan terhadap negara lain, negara Islam. Serangan yang bertalu-talu oleh zionis laknatullah terhadap umat Islam tidak pernah henti sepanjang Ramadhan ni.
Kita pun tahu bahawa itulah yang Yahudi (Israel) mahukan dari dulu lagi. Iaitu hancurkan Islam. Mereka ada pelbagai cara untuk mencapai cita-cita yang satu tu, samada secara 'kasar' dan jugak secara 'halus'. Cara 'kasar' tu memang kita boleh nampak, tapi cara 'halus' tu yang kita semua kena tahu dan elak, sebab zaman sekarang ni pun tanpa kita sedar, kita sendiri (mungkin bukan semua) sudah 'terperangkap' dengan cara 'halus' mereka untuk menyesatkan musuh utama. Antaranya melalui pakaian, makanan, muzik dan banyak lagi yang kita tak nampak.
Okey tak perlu cerita banyak tentang ni, sebab aku assume semua pun dah tahu. Jadi jom lah kita boikot produk/barangan yang melibatkan Israel ni !
" Ohh macam tu je ek? Boikot barangan mereka, then settle? "
Apa yang anda faham tentang boikot?
First, kita kena faham apa itu boikot. Confirm dah faham kan. Then tanya pada diri, kenapa kita boikot? Sebab orang suruh kita boikot, sebab tu kita pun ikut boikot? Ohh tidak semudah itu kan. Sebab aku tahu rakyat Malaysia ni mostly educated. Contohnya McDonald, tempat makan ni memang banyak sangat kat Malaysia ni, tempat ni lah ramai orang pergi, ramai jugak yang buat delivery time tengah malam kalau lapar, especially student.
" Seperti yang diketahui, para pelanggan McDonald's di Malaysia menyumbangkan 10% kepada McDonald's USA. 5% promotion fees & 5% royalti. Ingat, 10% daripada gross sale, bukan profit. McDonald's USA seterusnya menyumbang kepada Jewish United Fund, satu dana yang menyokong usaha ketenteraan Zionis Israel "
Adakah 10% tu kita nak sumbangkan kepada zionis laknatullah, ataupun kepada rakyat Gaza yang bermati-matian pertahankan Masjidil Aqsa. Adakah kita tahu tujuan kita memboikot ni, ataupun buat-buat tak tahu. Jadi, tepuklah dada, tanyalah iman.
#Pray4Gaza #SaveGaza #NoteToMySelf
UNIC-Qunut Nazilah
Okey, layan video terbaru jap dari MatLutfi & The Geng. Siapa yang tak kenal kan dengan anak muda ni, sangat popular kat Youtube. Seperti biasa, video MatLutfi ni selalu cerita tentang isu-isu semasa dan penuh dengan pengajaran. Video kali ni memang best tau, tajuknya "Benda-benda Melayu/Muslim Sebut bila Ramadan". Korang search je tajuk tu kat Youtube, terus keluar. Kalau taknak search, meh aku bagi terus video MatLutfi terbaru kat bawah ni.. haaaa
Selamat menonton yer :)
Biar aku jelaskan sedikit sebanyak apa yang MatLutfi nak sampaikan dalam video ni, mengikut pemahaman aku. Kalau aku salah, sila betulkan yer.
1. Rakaat terawih : 8 rakaat atau 20 rakaat?
Ada antara kita yang buat 8 rakaat, ada jugak 20 rakaat. So, tepuk dada, tanya iman, mana satu yang dapat lagi banyak pahala :)
2. Tempat terawih :
Ada orang sukakan imam yang membaca surah dalam solat terawih tu dengan pelbagai jenis bacaan (qira'at), contohnya bacaan Bayaati, ada jugak yang memilih imam yang membaca dengan tajwid yang bagus. Tak kurang juga ada yang suka imam baca surah-surah pendek supaya cepat habis. Ada?
3. Tarikh puasa : Kalendar atau anak bulan?
Sejak dulu lagi memang nak tentukan tarikh puasa ke, tarikh raya ke, kena tengok anak bulan dulu kan. Jawapan ustaz dalam video ni, cer teka apa jawapan dia? haaa
4. Mulut Kasturi :
Tengah-tengah syok tengok bola dan menjerit 'gol !!!!! " tetiba terbau pulak mulut orang yang berpuasa, pernah macam tu? Tapi sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah S.W.T.
5. Fenomena update status :
Ni tak kira lelaki atau perempuan, sama je sebenarnya. Contohnya, bila sampai ke surau, ada yang cepat-cepat update status "check-in surau" kononnya, tapi tak masuk pun. Patut tak macam tu? Ada jugak orang yang update status "Tarawih done" , "Tadarus done" , " Zikir done" , dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya. Adoi, apa salahnya kalau amalan kita tu, biar kita dan Allah sahaja yang tahu, tak perlu lah nak bagitahu kat satu dunia kan.
6. Juadah berbuka
Bila pergi bazar je, rasa kalau boleh, semua benda nak beli dan semua makanan nampak sedap. Last-last angkut je semua, beli dan bawak balik rumah. Tapi bila dah berbuka, takde habis semua pun makanan yang kita beli tadi tu. Makan kurma sebiji, minum air, pun terus rasa kenyang. Ingatlah bahawa membazir itu kan amalan syaitan. #NoteToMyself
Nota SF:
Part yang paling 'best' masa yang perempuan berselfie lepas tarawih tu. Berselfie, pastu upload kat Instagram, twitter, facebook, dengan caption yang tersendiri. Hakikatnya itulah yang berlaku zaman sekarang, huhu. Apapun, video ni memang terbaik! :D