Ujian Dari Allah Untuk HambaNya

July 18, 2014

Ujian Dari Allah Untuk HambaNya | Di saat Gaza kehilangan banyak nyawa akibat kekejaman Israel, Malaysia pula kehilangan banyak juga nyawa dalam tragedi pesawat MH17 yang jatuh terhempas. Ada sumber yang mengatakan pesawat MAS MH17 itu ditembak. Wallahu'alam. Belum habis lagi kisah kehilangan MH370, kita dikejutkan pula dengan berita MH17 ini. Ujian dari Allah datang dengan pelbagai cara. Ada negara yang ditimpa musibah dengan kejadian bencana alam, dan negara kita pula ditimpa dengan ujian seperti ini.

Tetapi tak perlulah kita nak menuding jari kepada sesiapa, dan saling bertelagah sesama kita, sama-sama kita doakan dan sedekahkan Al-Fatihah untuk penumpang MH17. Mungkinkah kejadian yang sedang berlaku di Malaysia ni (MH17 terhempas) merupakan salah satu strategi 'mereka' untuk mengalih perhatian dunia daripada kisah di Gaza? Wallahu'alam. Takziah juga kepada keluarga penumpang pesawat tersebut.

" Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali "



#PrayForMH17 #PrayForMH370 #PrayForGaza




You Might Also Like

8 comments

  1. Innalillahwainnalillahirojiun....

    ReplyDelete
  2. Semua telah Allah aturkan..Al Fatihah..

    ReplyDelete
  3. Alahu..berita sedih di pagi Jumaat..Semoga Allah aturkan hikmat yang besar daripada dugaan ini..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. sedihnya.... apa dh jadi dgn dunia sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. macam2 dah berlaku bila akhir zaman ni :'(

      Delete
  5. betul. x perlu nak salahkan org lain. ni semua kerja Allah. pasti ada hikmahnya. Kita sbg rakyat Malaysia teruskan berdoa utk mangsa2 MH17 ni.

    ReplyDelete
  6. apa yg berlaku ada hikmahnya..kita hanya mampu berdoa

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)