Warisan~Sudirman~
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Di atas ni merupakan lirik lagu kemerdekaan yang didendangkan oleh penyanyi yang tidak asing lagi di Malaysia suatu ketika dahulu, iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Setiap bait lirik lagu ni sangat menusuk jiwa dan bermakna. Aduhh berpuitis pulak aku malam ni, hihiks.. Takde lah puitis mana kan, kalau dibandingkan dengan sorang kawan aku ni, dia lagi pandai berpantun dan bermadah, katanya sebab dia suka sangat dengan ayat-ayat sastera, macam A.Samad Said, sasterawan negara kita.
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.. Merdeka! Merdeka! Merdeka! |
Allahyarham Sudirman Haji Arshad, salah seorang artis yang aku kagumi, sebab arwah bukan sahaja seorang penyanyi, tapi juga seorang penghibur. Sebab tu la ramai yang meminati beliau, bukan sahaja budak-budak remaja, tapi golongan dewasa pun minat. Sekarang dah tinggal kenangan. Tapi lagu-lagu yang dinyanyikan masih kedengaran di radio-radio tempatan.
Sekarang susah dah nak jumpa penghibur tempatan yang macam tu, mungkin 1 dalam 1,000,000. Kalau ada pun ramai artis yang mengejar populariti semata-mata, yang suam-suam kuku. Ohh sungguh aku rindu zaman sekolah dulu-dulu. Time hari merdeka je, mesti ada sambutan kemerdekaan kat sekolah, pastu ramai-ramai kumpul kat dewan, pastu nyanyi lagu-lagu merdeka, lagu Jalur Gemilang sambil kibar bendera. Seriously rindu lepak-lepak dengan kawan dalam kelas time cikgu tak masuk kelas. Happy nya masa tu.
Sekarang semua dah bawa haluan masing-masing, yang dah kerja, masih belajar pun ada lagi.. hmm okey tukar topik asal ! haha.. Okey, pada kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya kepada pembaca setia blog ni. Semoga kita semua sentiasa bersatu padu dalam mempertahankan tanah air yang tercinta. Mungkin negara kita pernah dijajah, tetapi jangan biarkan minda kita pun terus 'dijajah' :)