Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | Alhamdulillah semalam berkesempatan mendengar ceramah Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin secara live kat masjid tempat aku belajar. Biasanya tengok beliau kat tv je. Setiap tutur katanya yang begitu tersusun supaya tidak mengguris hati orang yang mendengarnya. Bagi aku, beliau salah seorang pendakwah yang patut dicontohi dari segi akhlaknya. Menjaga percakapan, tidak melibatkan sebarang unsur yang berbaur politik sepanjang ceramah agama beliau. Bukan tak boleh bercakap tentang politik dalam ceramah agama, tapi sesetengah pendakwah ada yang berat sebelah dan menampakkan yang dia di pihak A atau B.
Sumber gambar: www.jazzih.com |
Tapi, pendakwah juga manusia biasa, memang tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Disebabkan kita sekarang pun sudah berada di akhir zaman, iaitu zaman fitnah yang berleluasa, kita perlu ada ilmu yang tinggi. Ilmu itu dapat membezakan yang mana baik dan yang mana salah, bukannya melalui pembacaan tanpa berguru terlebih dahulu. Kadang-kadang apa yang kita percaya sesuatu itu betul tak semestinya betul, dan apa yang kita percaya sesuatu itu salah tak semestinya benda itu salah. Berdoalah supaya kita diberikan petunjuk untuk membezakan antara yang hak dan batil. Sempena hari Jumaat yang mulia dan penghulu segala hari, marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan sesama kita terutamanya negara kita ini dan dijauhkan dari segala fitnah. Amin.