Wanita Insan Istimewa | Entri ini khas untuk insan yang bergelar wanita/perempuan/gadis. Lelaki boleh baca, tak salah pun dan sangat digalakkan. Memang sudah menjadi tugas lelaki sebagai pelindung dan pembimbing untuk wanita. Terjadinya Hawa daripada rusuk kiri Adam. Kejayaan seorang lelaki adalah kerana berdirinya seorang wanita di belakangnya, dan kekuatan wanita datangnya dari lelaki yang selalu berdiri teguh dibelakang untuk memberi semangat. Wanita solehah juga wanita dambaan lelaki di luar sana.
Wanita mana yang tak nak jadi solehah kan? Semua wanita nak jadi solehah untuk suaminya. Tapi sekarang ni kan, kalau yang tengah couple tu, ada yang cakap nak jadi makwe yang solehah untuk pakwenya, macam pelik je bunyinya? Yang lelaki pulak nak bakal isteri yang solehah je, padahal makwe keliling pinggang, kikiki.. Erm bagi aku, tak perlu cari lelaki yang hensem, kaya, bergaya semata-mata kalau bekerja pun malas. Yang penting rajin bekerja, bertanggungjawab, boleh membimbing ke arah yang lebih baik. Kalau rajin, yang susah pun boleh jadi senang, InsyaAllah.
Okey tanpa membuang masa, jom kita perhatikan cara pemakaian (wanita) yang menutup aurat dan tidak menutup aurat menurut Islam.
Cara Pemakaian Yang Tidak Menutup Aurat
|
Sumber gambar: www.iluvislam.com |
Cara Pemakaian Yang Menutup Aurat
Nota SF:
Bagi perempuan yang masih single, alhamdulillah. Korang patut bersyukur sebab masih single, takde pakwe, takde masalah bergaduh hal-hal remeh dengan lelaki yang belum tentu jadi suami kita. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri dan orang sekeliling aku. Kita masih ada masa untuk berubah ke arah yang lebih baik.