Koleksi Kartun-Kartun Masa Kecilku

September 06, 2015

1. Yokies

Kartun zaman 90-an ni merupakan salah satu kartun favorite aku. Dulu zaman budak² selalu tengok kartun Yokies ni. Meriah sangat zaman budak² dulu dengan tengok kartun telur bujur ni time petang dalam rumah. Comel weh kartun telur ni. Si ayah Yokies ni bahasakan dirinya sebagai 'ayahnya', si ibu Yokies pulak bahasakan dirinya sebagai 'maknya'. Yang tu yang aku takleh lupa sebab keunikannya, ahaha





2. Keluang Man

Part yang paling aku suka pasal kartun Keluang Man ni ialah sebab lagu dia best. haha. Keluang Man ni selalu dengan kawan dia si Samad. *Ada kawan aku yang buat ringtone keluang man ni kat handphone dia :p



3. Usop Santorian

Kartun ni mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop. Dia tinggal dengan ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakak Usop pulak suka menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi. Manakala abangnya pulak suka berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung termasuklah Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Yang paling best si Usop ni ada seekor ayam yang selebet bernama Selebet, kekeke



4. Sailormoon


Kartun ni kalau tak silap aku tengok time masih sekolah darjah satu. Suka kartun ni sebab lagu dia pun best. Pastu aku suka part yang sailormoon and the geng ni transform dari pakaian biasa ke pakaian sailormoon dorang. Cantik weh baju sailormoon ni, kekeke. Kepada peminat cosplay, korang mesti try baju sailormoon pulak lepas ni ! :p







Nota SF:
Rindunya nak jadi budak² macam dulu sebab 24jam enjoy je rasa hidup, tak perlu fikir banyak masalah macam orang dewasa. Tapi masa terus berjalan, mana boleh diundur lagi ^^




You Might Also Like

6 comments

  1. cute je kan...kalau sekarang tengok kartun kak PC mesti kena gelakkan..sabo jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je org dewasa nk tgk kartun, hilang cket stres kan, hehe

      Delete
  2. Aku sampai skrg dah keje pun masih minat lagi tgk kartun.bukan salah pun... Kartun kat atas ni memang legend la....Keluang man tu pun kira kartun superhero paling best la time kecik2 dulu. Yang yokies tu pulak aku panggil kartun telur jek.huhu..

    Jenis2 orang yang aku tak suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tau xpe bro ley, skrg pun masih tgk kartun lagi ^^

      Delete
  3. Saya pun sampai sekarang minat citer kartun, sampaikan sanggup tengok berulang2... masa kecik2 dulu berangan nak jadi macam sailormoon... ;-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. org tua kate kalo suke tgk kartun ni org yg kreatif, hehe

      Delete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)