Pesanan Ikhlas Jabatan Alam Sekitar Untuk Rakyat Malaysia
September 16, 2015
Indeks Pencemaran Udara semakin meningkat. Jabatan Alam Sekitar mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya mengamalkan langkah-langkah seperti yang dinyatakan di bawah :
Pesanan Ikhlas Jabatan Alam Sekitar Untuk Rakyat Malaysia
1. Melaporkan kes² pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
2. Penghidap penyakit² seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
3. Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk.
4. Kurangkan aktiviti² di luar rumah seperti sukan.
5. Sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
6. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
7. Sentiasa meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
8. Menyalakan lampu kenderaan semasa memandu apabila keadaan berjerebu dan jarak penglihatan berkurangan.
4 comments
patuhilah untuk kebaikkan bersama..
ReplyDeletetq kak PC :)
Deletebahaya cuaca sekarang kene banyak minum air masak.. kalau nak berjalan kene pergi makan angin kat kwsn tertutup.. tambah pula musim jerebu nie..
ReplyDeletebetul tu kak. nk kuar mkn angin pun pk 2 3 kali skrg ni..
DeleteThis blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)