Credit Photo |
Aku ni pantang nampak ABC dengan air kelapa, salah satu tu mesti nak beli. haha. Tengok gambar ni pun dah terliur. Nampak sangat menyelerakan, lagi-lagi time tengah hari panas terik. Rasa hilang terus dahaga kalau dapat ni. Sebelum ni viral pasal aiskrim tembikai. Ramai dah cuba. Kreatif betul peniaga sekarang ni kan, benda-benda yang tak ku sangka tak ku duga dah dibuatnya (ehh macam lagu pulak). Kreatif & inovatif sangat ! ^^
Kalau tengok lama² si dia ni mesti cair punya. Yelah, dah lah handsome, bergaya pulak tu. Kali pertama aku tengok dah jatuh cinta wehh, haha. Ketiga-tiga ni memang idaman aku dari dulu lagi. Lebih² lagi kalau yang berkilat macam ni. Tapi poket kena tebal la. Kalau tak, tak mampu nak bayar dan tanggung si dia walaupun bayar ansur², huhu
Suzuki Swift : RM58K+++ to RM73K+++
Volkswagen Beetle : RM131K+++
Range Rover : RM400K+++
Hope will be mine one fine day. Dapat salah satu pun alhamdulillah. InsyaAllah. Doakan aku yer. Semoga kita semua murah rezeki. Amin :)
Ketagih smartphone maksudnya di sini ialah korang dengan phone tak boleh dipisahkan, 24-jam handphone mesti ada kat tangan je. hiks. Tak kira la main game ke, buka website ke, tengah calling ke, whatsapp ke. Kalau nak tahu korang jenis berenggang dengan handphone ataupun tak, cuba buat exercise tangan macam dalam gambar tu.
Credit Photo |
Macam mana, sakit tak tangan? hehe
Jangan Bandingkan Aku~Maswera~
Kau ditinggalkan
Oleh kekasihmu yang sungguh
Kau cinta kau sayang
Dengan sepenuh hati
Ku pula hadir
Datang menghadiahkan kau rasa cinta
Takkan ku permainkan hatimu
Setiap manusia punya cerita sendiri
Tahukah kau ku juga pernah terluka
Jangan bandingkan aku
Dengan kekasih lamamu
Ku ingin jadi yang terbaik
Untuk dirimu
Jangan bandingkan aku
Dengan kenangan silammu
Biar ku jadi cintamu yang terakhir
Setiap manusia punya cerita sendiri
Tahukah kau ku juga pernah terluka
Jangan bandingkan aku
Dengan kekasih lamamu
Ku ingin jadi yang terbaik
Untuk dirimu
Jangan bandingkan aku
Dengan kenangan silammu
Biar ku jadi cintamu yang terakhir
Jangan bandingkan aku
Dengan kekasih lamamu
Ku ingin jadi yang terbaik
Untuk dirimu
Jangan bandingkan aku
Dengan kenangan silammu
Biar ku jadi cintamu yang terakhir
Biar ku jadi cintamu
Yang terakhir
Apa Itu Blog Archieve?
Bagi yang belum tahu, Blog Archieve ialah tempat terletaknya post atau entri yang kita dah publish. So entri-entri lama yang kita dah publish akan terkumpul dalam blog archieve tu. Ada orang yang letak dan ada jugak yang tak letak. Bagi saya, better letak blog archieve tu, senang untuk pengunjung dan senang jugak untuk kita. Tak perlu pengunjung nak tekan older post banyak kali kan, hihi.
Nama blog archieve tu boleh ditukar letak nama lain. So kalau korang pergi satu-satu blog tu takde tulis blog archieve, jangan panik pulak, hehe. Ada blogger yang letak nama lain-lain, tapi fungsinya tetap sama. Contohnya blog ni, korang cari Diari Hati kat bahagian sidebar, haa ada kan?
Blog Archieve |
Ada ke yang sorok blog archieve tu? haha cepat letak, saya nak gi serbu blog korang pulak ni :p
Bulan pertama dalam kalendar Islam ialah bulan Muharam. Jangan ada pulak yang tak tahu, hiks. Kalau lupa jugak, boleh dengar semula lagu nasyid tajuk Bulan-bulan Islam oleh Alarm Me. Ni salah satu tips supaya mudah ingat bulan-bulan Islam ni tau, sebab saya selalu dengar lagu ni time kecik² dulu, sekarang ni ingat lagi, alhamdulillah.
Berguna jugak lagu tu kan, at least orang yang buat lagu tu dah banyak berjasa dan orang yang dengar pun dapat faedahnya. Tu la contoh lagu yang betul² bagus untuk masyarakat. Dalam kalendar Islam pun, bulan Islam ada 12 bulan semuanya (Muharam hingga Zulhijjah). Sama jugak untuk tahun masihi, ada 12 bulan (Januari hingga Disember).
Bulan-Bulan Islam
Muharam
Safar
Rabiul Awal
Rabiul Akhir
Jamadil Awal
Jamadil Akhir
Rejab
Syaaban
Ramadhan
Syawal
Zulkaedah
Zulhijjah
Hari ni dah masuk 1 Muharam.
Ajak adik² atau anak² dengar lagu ni, hehe.
Salam Maal Hijrah 1437H :)
Hari tu aku gaduh dengan Nuffnang. Sebabnya Nuffnang tak luluskan cashout aku yang bulan Julai lepas. Sakit hati jugak sebab earning yang kita ada melayang macam tu je, huhu. Tapi takpelah, mungkin bukan rezeki aku lagi. CPUV Nuffnang September & Oktober.
Ada jugak CPUV baru yang melekat kat blog. Nak pujuk aku balik la tu, keh3 :p Minggu ni jarang update blog sebab sibuk uruskan hal konvo. Apa² pun terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah kat sini. Nanti saya balas kunjungan korang semula ye. Luv u olls !
Lagu Cinta~Asmara Band~
Di atas perit kau menari
Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati..
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta..
Hari ni nak kongsi satu Tips Jana Pendapatan Sampingan khusus untuk pelajar IPT. Bukan apa, biasanya pelajar akan bermasalah bila duit PTPTN mereka dah habis. Nak minta duit dengan parent mesti malu kan. Saya tahu sebab saya pun pernah lalui benda yang sama. So kena la cari duit sendiri, salah satunya melalui online 8Share. Sambil² main DOTA, takpun main COC ke, dapat jugak duit, haha :p
Apa Itu 8Share?
8Share ialah satu laman web online untuk pengguna media sosial yang suka cari duit poket sendiri pada setiap bulan bahkan pada setiap minggu.
Berbaloi ke Daftar 8Share?
Berbaloi ataupun tidak, bergantung kepada individu. Bagi saya, iklan 8Share ni berbaloi. Duit akan masuk ke akaun korang dengan syarat kena rajin share iklan dari 8Share ni kat mana² laman sosial. Setiap klik iklan dari 8Share ni bernilai RM0.20. So korang kira lah berapa banyak korang share dan berapa banyak klik yang korang dapat. Best kan?
Saya baru je 4 kali cashout. Blogger lain yang dah otai mesti lagi banyak. Latest cashout pada bulan lepas dan hari ni duit dah masuk ke dalam akaun. Boleh wat beli tiket pergi konvo nanti. Takpe tak banyak pun, janji ada jugak, hehe. Pengalaman first time cashout pada tahun lepas, saya ada cerita kat entri ni >>>Cashout 8Share Pertama.
So saya nak ajak korang untuk daftar 8Share ni bagi yang belum. Sama² kita cari duit poket. Tak rugi pun sebab daftar percuma je.