Alhamdulillah, Officially Graduated !

November 01, 2015

25 Oktober 2015 : Majlis Konvokesyen UTM ke-55

Entri ni merupakan entri penghargaan kepada semua yang aku sebutkan di bawah :)

Terima kasih mak & ayah.

Tanpa berkat doa mak ayah, tak mungkin aku dapat bergraduasi dan sudah pun menjadi alumni UTM sekarang ni. Mak & ayah adalah penguat semangatku untuk terus capai apa yang aku hajati.

Terima kasih rakan² Arcadia ku a.k.a SBEL.

Batch kita dikenali sebagai batch 'Arcadia' dalam kalangan warga Senibina Landskap yang ditubuhkan sejak tahun 2011 lagi. Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) di Dewan Seri Meranti, Kolej Rahman Putra, menjadi saksi perkenalan kita yang pertama. Macam² aktiviti dan program yang dah kita handle bersama bermula dengan aktiviti Brainstorming, Sportscape, MPG, Escape, Field Trip, Technical Trip, Seminar dan banyak lagi. Sesungguhnya kita dah macam satu keluarga. Walaupun kadang² kita tak sehaluan dan sependapat, ketahuilah bahawa itu yang menjadikan kita saling mengenali antara satu dengan yang lain. Gurau senda tangis tawa kita bersama selama 4 tahun dalam SBEL ni akan sentiasa tersemat di hati. Rindu lepak² dengan korang. Rindu nak tengok korang jamming kat studio ;')

Terima kasih geng² Chef H19.

Ika (mak), Wani (adik), Kak Mira (kakak), Zati (kakak). Tiap kali weekend kita akan masak sama² kat blok. Walaupun penat memasak, yang penting kita dah cipta satu memori indah bersama.

Terima kasih semua pensyarah Senibina Landskap.

Mereka banyak bagi semangat untuk kami teruskan dalam bidang ni ketika kami tengah berputus asa. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah dari Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) yang pernah mengajar aku, guru² SMK. Manir, SK. Manir dan juga guru aku waktu tadika. Jasa² mereka sebagai pendidik sungguh tidak ternilai harganya.

Bermulanya hidup baru.

Kini berakhir sudah episod hidupku sebagai seorang pelajar. Banyak lagi cabaran yang perlu aku tempuhi lepas ni. Bagi yang sedang belajar, nikmatilah saat belajar korang sekarang ni. Bagi aku waktu belajar adalah waktu yang paling seronok. 'Kehidupan sebenar' bermula bila korang mula melangkah kaki keluar dari alam pembelajaran.


Terima kasih dah tahniah jugak kepada semua yang sedang baca dan berjaya habiskan entri ni. Sorry sebab dah curi masa korang beberapa minit! haha ;D




You Might Also Like

12 comments

  1. Alhamdulillah, tahniah.. Selamat datang ke alam pekerjaan..")

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniad atas kejayaannya...amin...

    ReplyDelete
  3. Wah tahniah. Mubarakk laki, sy lg setahun nak grade. Doakan sy jugak~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ye, insyaAllah, good luck awk! :D

      Delete
  4. tahniah.. moga kejayaan terus bersama.. :D

    ReplyDelete
  5. tahniaaaaahh.. alhamdulillah.. hee
    bestnyaa graduate :D

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)