Bagaimana Anda Menyimpan Koleksi Handbag Di Rumah?

November 28, 2015

Assalamualaikum w.b.t,
Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca yang sudi singgah ke sini. Semoga sihat dan bahagia selalu di samping keluarga tersayang. Hari minggu ni lah kita nak luangkan masa dengan keluarga, lebih-lebih lagi bagi yang dah bekerja tu. Dari pagi sampai petang asyik mengadap kerja je kan, apa kata ajak keluarga keluar jalan-jalan masa cuti yang ada ni. Hilang sikit stress kerja tu, hihi

Bagaimana Anda Menyimpan Koleksi Handbag Di Rumah?

Wanita dan handbag memang tak dapat dipisahkan lagi. Memang sinonim sangat. Saya tak pernah lagi nampak wanita kat pasaraya atau kat pusat beli belah berjalan-jalan tanpa handbag. Bagi saya, zaman sekarang ni handbag bukan sahaja satu keperluan, tapi menjadi salah satu aksesori tambahan untuk wanita tampil lebih bergaya. Sekarang banyak sangat design handbag cantik-cantik yang dijual, boleh digunakan oleh pelbagai golongan untuk ke pelbagai majlis formal mahupun tidak formal. 

Kalau ada satu dua handbag je, takde masalah rasanya nak simpan tu. Mungkin boleh selit-selit kat mana-mana dalam bilik kan. Tapi kalau 10 atau 20 jenis handbag? Kat mana nak letak tu? Haa inilah gunanya entri ini. Entri ni bukan nak review tentang Zalora atau Lazada yer :p Tapi saya nak share cara nak simpan handbag yang banyak-banyak kat rumah kita, supaya senang nak cari dan secara tidak langsung sesuatu ruang tu akan nampak lebih kemas dan tersusun.

Kat bawah ni terdapat beberapa jenis tempat penyimpanan handbag. Jom tengok satu persatu. Mungkin boleh bagi sedikit sebanyak idea di mana korang nak simpan koleksi handbag korang nanti.


1. Rak Tangga Pusing


Saya panggil rak ni jenis tangga pusing sebab rupa dia macam tangga pusing dalam tv. Rak jenis ni nampak ok jugak. Boleh gantung handbag yang pelbagai tu kat rak ni. Kelebihan rak jenis ni ialah kita boleh alih bila-bila masa dan letak kat mana-mana je. Kalau dah bosan letak kat situ, boleh letak kat sini pulak. Senang kan.



2. Handbag Hanger

Hanger jenis ni not bad. Senang nak ambil handbag dan letak semula. Mungkin boleh beli hanger jenis ni dan letak dalam almari baju.
3. Almari Handbag

Cara yang ketiga ni, dengan menyediakan almari khas untuk handbag kita. Costing sikit sebab kena beli almari baru kan, tapi kalau rajin, boleh buat sendiri almari tu, dan cat dengan warna pilihan. DIY dan jimat kos jugak.



4. Gantung di Dinding

Seterusnya, dengan menggantungkan handbag tu di dinding dalam bilik. Dalam masa yang sama, dah jadi hiasan dinding bilik tu sendiri. Suasana bilik pun jadi berbeza sikit. Cantik tak? hehe. Tapi pastikan tempat tu permanent sebab kita kena korbankan dinding tu nak kena tebuk letak paku dan sebagainya.




5. Curtain Rods / Shower Curtain Hooks

Selain tu, kalau ada curtain rods yang lebihan di rumah dan tak tahu nak letak kat mana kan, boleh guna curtain rods tu untuk gantung handbag jugak tau. Contohnya macam gambar kat bawah ni. Letak di belakang pintu supaya lebih tersorok sikit.



6. Kitchen Lid Rack

Last but not least, kat mana nak simpan purse pulak? Haa jangan risau, beli rak yang macam rak pinggan, atau memang rak pinggan pun :p Pastu boleh letak purse atas tu, macam gambar di bawah ni. Nampak tersusun kan? hehe


Okey lah, setakat ini sahaja tips dari saya tentang cara penyimpanan handbag yang bersesuaian dengan ruang. Bolehlah dipraktikkan di rumah ye :) Saya suka betul jenis rak yang first tu sebab nampak simple dan unik. Ada jugak cari kat kedai tapi tak jumpa lagi setakat ni, huhu

Moment Of Truth: Do Malaysians REALLY know their coffee?





You Might Also Like

12 comments

  1. cantik2 semua.. kalau ad rumah sendiri best la buat mcm nii...
    boleh buat hiasan dan bag pon xbersepah kan.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, rmh sndiri nanti boleh la nk tebuk mana2 suke, haha :p

      Delete
  2. saya simpan handbag guna penyangkut coat tu. haha tapi makan space la. tapi cantikkk and kemas. suka tengokkk. xx

    http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Yang almari tu akak suka...hihi...

    ReplyDelete
  4. niceee. tapi Lissa susah sikit mau organize.. sebab memang jenis yang suka sepah sana-sini. hahhaha

    ReplyDelete
  5. Mana nak dpt rak tangga pusing?

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)