Kuat Betul Pengaruh Korea

November 07, 2015

Aku sampai sekarang tak tahu sangat nama artis Korea ni, mungkin kenal rupa, tapi tak tahu nama, maklumlah aku bukan peminat fanatik diorang pun, kah3 :p Tapi ada la sorang dua yang aku minat. Antara artis Korea yang aku pernah minat dulu² termasuklah kumpulan Super Junior, 2PM, Lee Dong Wook (My Girl), Won Bin (Autumn In My Heart), Song Seung Heun (Autumn In My Heart).

Tu je kot, tak ramai pun, kalau ikutkan dalam list aku, tak sampai sepuluh pun. Walaupun aku tak minat sangat Korea ni, sebab kebanyakannya yang comel² cute² tu 'plastik' je, hehe, tapi at least ada la jugak aku kenal sorang dua sebab pernah layan drama best diorang time sekolah rendah. Kenangan betul ni, rindu waktu tu, huhu

Credit Photo
Dan..

Part yang paling best, bila budak² sekolah kita pun tahu nama artis Korea wehh. Buktinya, tengok dalam gambar kat atas. Dorang buat ayat dalam exam guna nama artis Korea. Comel pulak dorang ni, hehe. Mungkin budak² ni selalu tengok cerita Korea kot, haha entahlahh, tak tahu nak cakap apa. Aku dulu kalau buat esei mesti ada nama Ali, Abu, Samad, Mamat. Kalau perempuan pulak nama Fatimah, Aminah, atau nama² yang biasa kita guna. Kuat betul pengaruh Korea ni kan, hehe




You Might Also Like

9 comments

  1. Hahaha. Sampai dibawanya dalam exam. Ala, mungkin mereka saja nak menaikkan semangat menulis ayat kan. Mesti lagi best kalau sambil tulis sambil bayang2 artis yang mereka suka. Hehe.. Asalkan kena tulis betul lah kan? Saya pun sama la tak berapa suka pun artis2 korea ni. Suka pun drama2 yang betul2 best dengan running man ja. Tak la obses pun. Hihi.. XD

    ReplyDelete
  2. la semua ahli running man ada hahaha

    ReplyDelete
  3. amboi sememangnya terpengaruh hahahaha

    ReplyDelete
  4. Bab artis ingat ajr bebudak zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. wawa langsung tk thu nme dorang ni.. siti nurhaliza mujur thu.. haha

    ReplyDelete
  6. hahah terpengaruh sangat ! Lissa selalu guna nama legend ja. 'ahmad' 'ali' 'abu' T_T

    ReplyDelete
  7. Advance sungguh budak2 sekarang ni, haha. Kita dulu2 Ali Abu, tu pun jenuh juga pikir

    ReplyDelete
  8. Kita pun guna Ali, Abu je dulu haha :p

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)