Realiti Orang Yang Belajar Tinggi Sampai Master & PhD

November 14, 2015

Credit Photo

Gambar menunjukkan rentetan sebuah ceritera cinta tentang seorang lelaki yang bergelar PhD student. Bermula si dia berumur 12 tahun, sehinggalah ke waktu pertunangannya. Walaupun diceritakan dalam bentuk gurauan, tapi itulah realiti yang sedang berlaku. Aku cerita semula ye apa yang dimaksudkan dalam gambar tu. 

Alkisahnya bermula begini.

Ada seorang budak lelaki, Amran (bukan nama sebenar), ditakdirkan satu kelas dengan seorang budak perempuan, Maria (bukan nama sebenar) ketika berumur 12 tahun. Kalau kat Malaysia ni umur 12 tahun maknanya sekolah rendah Darjah 6. Rumah Amran bersebelahan dengan rumah Maria. Hendak dipendekkan cerita, hari-hari mereka ke sekolah bersama-sama dengan menaiki basikal masing-masing yang berwarna hijau sejak Darjah 1 lagi. Lama-kelamaan mereka menjadi semakin rapat dan akhirnya menjadi kawan karib. 

Apabila masuk sekolah menengah, mereka jarang berjumpa. Kalau jumpa pun waktu cuti sekolah. Yela, Amran dan Maria tak lagi satu sekolah. Yang sorang sekolah agama, sorang lagi sekolah sains. Namun, mereka tetap berhubung dan bertanya khabar melalui Whatsapp/SMS. Selepas tamat STPM, Amran dan Maria sama-sama berjaya melanjutkan pelajaran di universiti tetapi dalam bidang yang berbeza.

Panjang la pulak mukaddimah cerita ni, hihi, takpe, sambung sikit je lagi..

Mungkin bukan rezeki mereka untuk memperolehi tawaran ke universiti selepas SPM, tapi rezeki mereka tawaran tersebut datang selepas STPM. Walaubagaimanapun, masing-masing gembira dengan tawaran untuk menyambung pelajaran ke universiti terkemuka tanah air itu, kerana itulah impian mereka sejak dulu lagi. 

Setelah berpenat lelah selama 4 tahun di universiti, akhirnya mereka berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diceburi masing-masing. Amran bercadang untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Sarjana atau Master. Namun, Maria tidak bercadang untuk melanjutkan pelajaran seperti Amran kerana dia sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya. Bagi Maria, sudah tiba masanya untuk dia berkeluarga.

Tahun berganti tahun, Amran selesai dengan program Master beliau dan berhajat untuk menyambung lagi pelajarannya ke peringkat PhD. Amran ingin membuktikan kepada dunia bahawa anak kampung dan orang susah sepertinya juga boleh berjaya jika ada usaha. Dia juga mahu menggembirakan hati kedua ibu bapanya. Dan ternyata, selepas beberapa tahun, Amran berjaya menghabiskan PhD. Pada masa yang sama, Maria, kawan baiknya waktu sekolah dahulu sudah mempunyai 2 orang cahaya mata, anak sulungnya berumur 10 tahun, manakala anak kedua berumur 7 tahun.

Kini, Amran sudah pun menjadi seorang doktor pakar bedah dan memiliki beberapa buah farmasi sendiri. Pada hari ini juga, Amran akan mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang jauh lebih muda darinya yang sedang belajar di kolej swasta. Mereka akan berkahwin 2 bulan selepas pertunangan ini. Amran memang pernah bercinta dengan gadis lain sebelum ini, tapi perhubungan mereka tidak kekal lama sebab gadis tu tak sanggup untuk menunggu Amran terlalu lama untuk menghabiskan pelajaran. Akhirnya hubungan mereka putus di tengah jalan dan bekas kekasihnya pun sudah berkahwin dengan jejaka lain.

Paling mengejutkan apabila Amran mengetahui bahawa tunangnya adalah anak kepada Maria, kawan sepermainan Amran waktu sekolah dahulu. Tiba-tiba terdetik di hati Amran, kalaulah dia berkahwin selepas habis degree dulu, mungkin anaknya pun dah sebaya anak Maria. 

Percaturan Allah itu sungguh indah. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Amran terima andai itu takdirnya. 



Nota SF:
Sebenarnya aku tahu korang dah faham cerita dari gambar tu tanpa aku explain, tapi saja je aku nak explain dalam bentuk cerita, sambil-sambil asah bakat nak jadi novelis, haha kononnya lah kan. Jauh lagi la nak jadi novelis. Kena praktis banyak lagi ni. Takdelah, hakikatnya aku tengah kebosanan, lalu terhasillah cerita ni. Cerita ni pun banyak aku tambah-tambah sendiri tapi tak lari dari topik asal yang dalam gambar tu.




You Might Also Like

14 comments

  1. alamak sedih sikit jadi Amran huuhuhu.
    tp betul lah tu, it is indeed reality. hehehhehehehe
    entah entah qila pun akan jd amran kalau takde sesape nak kat qila hahahahah
    eh #tetiba hahaha.
    thanks share kak sf<333333

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat PhD gak ek? good luck qila ! :) fuhh mtk jauh la jd cm amran, hehe, lagipun laki kawin lmbt org x ckp sgt kn, huhu

      Delete
  2. sedih pun ada bila baca cerita ni

    ReplyDelete
  3. Mak oi... cam sadis plak endingnya

    ReplyDelete
  4. pehhh. seriously? haha. first time baca cerita ni.heee:)

    ReplyDelete
  5. what a coincidence! a nice story..

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)