Rekaan Terkini Pakaian Tradisional

December 19, 2015

Pakaian Tradisional biasanya dipakai ketika sambutan perayaan ataupun ketika menghadiri majlis-majlis formal. Bagi kaum wanita, koleksi baju kurung merupakan sejenis pakaian tradisional yang paling sinonim sekali. Seperti yang kita ketahui, koleksi baju kurung ini juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu baju kurung pesak, baju kurung Pahang, baju kurung Kedah dan juga baju kebaya.

Namun, seperti perkembangan fesyen yang lain, koleksi Pakaian Tradisional Wanita ini juga mengalami perkembangan yang pesat dan direka dengan sentuhan yang cukup moden bersesuaian dengan trend masa kini.

Bestnya kalau pandai jahit baju rekaan sendiri kan. Sekarang ni kalau tempah pun harga mahal yang melampau. So kalau awak yang dah memang tukang jahit, pada masa yang sama awak jenis yang suka bergaya dengan pelbagai jenis baju kurung, ni memang satu advantage untuk awak la sebab boleh jahit sendiri.

Salah satu contoh yang paling menonjol adalah dengan penambahan rekaan cape pada koleksi baju kurung moden. Rekaan cape pada baju kurung moden ini menjadikan si pemakai tampil lebih elegan dan classy.



Rekaan terkini pakaian tradisional ini juga merangkumi aneka potongan lengan yang diberikan sentuhan moden. Salah satunya adalah rekaan bat wing yang cukup glamour dan selesa !




Sentuhan modern yang berikutnya adalah dengan penambahan perincian pada rekaan baju seperti penggunaan lace, sulaman mahupun batu-batu permata.



Dan yang terakhir sekali adalah penambahan perincian pada bahagian bahu koleksi pakaian tersebut. Ia sering dilihat pada koleksi-koleksi pakaian pereka terkenal tanah air seperti Jovian Mandagie, Fiziwoo, Rizalman dan lain-lain.

Akhir kata, tiada yang dahulu, tiada lah yang sekarang. Walaubagaimana unik pun rekaan pakaian tradisional yang terkini, namun koleksi pakaian tradisional yang asal haruslah tidak kita lupakan.

Terima kasih luangkan masa membaca entri ni ^^




You Might Also Like

0 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)