Teknik Membelah Kelapa Dengan Betul
June 02, 2016
Teknik Membelah Kelapa Dengan Betul | Kelapa tu adalah sejenis buah yang banyak kegunaannya dan selalu digunakan dalam masakan seharian kita. Kalau kelapa muda, air dan isinya boleh diminum dan dimakan terus, manakala kelapa tua isinya dibuat santan bagi masyarakat Melayu.
Sekarang ni ramai suri rumah yang beli santan yang dah siap ada jual kat kedai-kedai tu. Yela nak cepat kan, beli yang dah siap kan senang, lagi-lagi wanita yang bekerjaya. Tak sempat nak kopek kelapa sendiri, hihi. Tapi tak semestinya yang beli santan kat kedai tu tak pandai kopek kelapa tau. Cuma kekangan masa je.
Terima kasih mak, sebab ajar anakmu ni cara membelah kelapa dengan betul. Orang Terengganu panggil buah kelapa ni sebagai 'buoh nyor'. Caranya, ketuk buoh nyor tu dengan belakang parang ye, bukan yang belah tajam tu, kalau guna pisau sampai esok pun tak siap la jawabnya :p (Rujuk gambar di bawah)
Kegunaan Pokok Kelapa
Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar. Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun, dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.
* Batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan, dinding dan lantai.
* Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan.
* Lidi kelapa boleh dibuat penyapu.
* Sabut kelapa boleh dibuat tali.
* Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan.
* Serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian.
* Minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun.
Jadi jangan sia-siakan pokok kelapa kat belakang rumah kita tu sebab ianya bukan saja boleh buat makan, tapi jugak boleh jadi sumber pendapatan kita.
6 comments
Dengan sebatang pokok..
ReplyDeletebyk yg kita boleh dapat kan..bagus nie...
tapi sekarang habis banyak yang ditebang kan? :(
ReplyDeleteSekarang ni orang lebih gemar guna yang instant saja kan tapi kalau fresh tu lagi sedap :) ..
ReplyDeleteMemang x reti bab2 ni. kalau nak fresh selalu beli je. hihi.Kelapa ni memang byk kasiatnya...untungla kalau dapat minum setiap hari :)
ReplyDeletebanyak rupanya manfaat bahagian2 pokok kelapa
ReplyDeletePerkongsian yang menarik
ReplyDeleteThis blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)