Semakan Baki Hutang & Tunggakan Pinjaman PTPTN Secara Online

December 17, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Entri ni ditujukan khas untuk peminjam PTPTN, kalau anda bukan golongan ni, sila jangan baca ye, atau buat-buat tak nampak je la :p

Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ni kerajaan telah mengumumkan bahawa diskaun akan diberikan kepada para peminjam PTPTN. Bersempena dengan Bajet 2017, insentif-insentif berikut disediakan untuk peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik :

* 15% diskaun bagi peminjam yang membuat penyelesaian penuh,
* 10% diskaun bagi peminjam yang membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran,
* 10% diskaun bagi peminjam yang membuat bayaran melalui potongan gaji atau direct debit secara konsisten mengikut jadual.


Tempoh kuat kuasa insentif ini ialah mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.


Semakan Baki Hutang & Tunggakan Pinjaman PTPTN Secara Online

Sebelum korang buat pembayaran, kena ikut beberapa langkah di bawah ni :

1) Semak tunggakan. Sekarang ni kita dah boleh semak secara online berapa baki hutang dan tunggakan. Macam mana nak semak? Klik kat link ni >>> http://www.ptptn.gov.my/bajet2017/


2) Lepas tu, masukkan No. IC dan No. Pinjaman. (Sila hubungi Careline PTPTN ditalian 03-2193 3000 bagi mendapatkan No. Pinjaman korang)

3) Klik 'Log Masuk' dan pilih 'Pengesahan Baki Online'



4) Maklumat baki hutang dan tunggakan korang akan keluar macam gambar kat bawah (Contoh penyata baki hutang dan tunggakan)




Pembayaran Baki Hutang & Tunggakan Pinjaman PTPTN

Ok. Dah tengok kan baki hutang korang berapa? hehe. Cepat-cepat call careline PTPTN / cawangan berdekatan untuk rundingan dan bayaran. Depends pada korang la nak bayar sekaligus ke atau bayar mengikut jadual. Pihak PTPTN akan guide korang nanti, don't worry. Nasib baik jugak sebab staff yang aku deal hari tu sangat baik dan senang nak berurusan :)

Okay tu je untuk update kali ni. Harap sedikit sebanyak membantu bagi korang yang belum tahu macam mana nak check baki dan sebagainya. Jangan tanya aku macam mana bayar menggunakan akaun KWSP 2, sebab aku bayar tak guna kwsp. Tapi dah ramai sebenarnya orang share cara bayar guna kwsp ni, korang google je, berderet-deret website yang akan keluar nanti, hehe

Lepas korang dah settle bayar tu, pihak PTPTN akan buat pelarasan pada hujung bulan dan keluarkan Surat Penyelesaian Hutang pada awal bulan berikutnya. Surat Penyelesaian Hutang tu dorang akan e-mail kat kita atau boleh cetak sendiri kat sini >>> http://www.ptptn.gov.my/bajet2017/

Nota SF :
Pada pendapat aku, kalau tak dapat untuk bayar secara penuh buat masa sekarang, korang cuba lah untuk bayar tunggakan yang ada dulu. Kalau tak, makin lama tangguh, makin bertambah lah tunggakan yang korang kena bayar nanti.
"Bayaran balik anda membantu kelangsungan pendidikan generasi akan datang" - PTPTN


You Might Also Like

8 comments

  1. wah dah habis bayar..tahniah =)

    ReplyDelete
  2. Tahniah habis bayar dah..
    AM masih berbaki 3 ribu je lagi..
    Tunggakan pun ada lagi selepas bertukar kepada ujrah..


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Owh, tggal sikit lagi tu, goodluck! hehe

      Delete
  3. Bila bercakap pasal PTPTN ni pening kepala rasa...

    bila lah nak habis hutang ni..
    nak bayar sekali gus baru je keja...

    Ptptn oh ptptn..
    btw, perkongsian ni bagus..mmg xpenah check baki sbb rasa mcm susah nk kena p kaunter...
    Btw thx sgt

    spitoutkata.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan awk zety :)

      Delete
  4. Now, in the event the borrower has excellent credit, a lender may make an exception. mortgage payment calculator If a person continues to refuse to generate payments, the home can be seized by the lender. canada mortgage calculator

    ReplyDelete
  5. Hello, thanks for sharing this content with us, I am fully indebted to you for your help. Ethiopia Business visa, It takes just a few minutes to fill out the online form for Ethiopian Business Visa, Ethiopian Business Visa. Within 1 to 3 working days, you can receive your Ethiopia Visa.

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)