Jenis Lipatan Belakang Kemeja Lelaki Dan Fungsinya

January 27, 2017

Ilmu berguna untuk dikongsi dengan anda semua berkaitan dengan Jenis Lipatan Bahagian Belakang Kemeja Lelaki Dan Fungsinya, especially untuk lelaki-lelaki di luar sana. Mungkin ada yang jenis tak kisah pun ada lipatan ke tak, yang penting asal boleh pakai je kan. Bagi yang belum tahu, terdapat tiga jenis lipatan kemeja lelaki, iaitu lipatan tengah, lipatan tepi kiri @ kanan, dan jugak tiada lipatan, haha. Untuk lebih jelas lagi, boleh refer gambar di bawah ye.



1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat


Dikatakan bahawa kemeja yang mempunyai lipatan tengah di bahagian belakang baju sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut, atau dengan perkataan lainnya adalah, boroi, hehe. So kalau rasa nak sorok perut tu, pilihlah baju yang jenis ni ye.

2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan @ Side Pleat

Okay, kemeja yang ada lipatan kiri dan kanan di belakang baju pulak dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Rasanya 'Abang-abang Sado' memang sesuai la pakai kemeja jenis ni, untuk menyerlahkan lagi ke'sado'annya.

3. Tiada Lipatan @ Pleatless

Kemeja yang tiada lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah perut boroi atau bahagian badan yang lain.  



Pesanan untuk lelaki, sebelum beli kemeja tu, pastikan korang dah tahu korang kategori mana, barulah korang nampak lebih kemas dan bergaya, lagi-lagi kalau nak pergi interview kerja kan. Penampilan diri jugak mempengaruhi markah interview korang nanti. Untuk perempuan pulak, kalau ada kakak² atau adik² tengah cari hadiah kemeja untuk yang tersayang, bolehlah check dulu lipatan jenis macam mana yang sesuai dengan si pemakai tu nanti ye.

Okay sekian sahaja entri untuk kali ni. Semoga bermanfaat untuk semua ❤

Nota SF :
Pada pandangan aku sendiri, lelaki akan nampak handsome bila pakai kemeja, dan lebih handsome bila dia lipat lengan kemeja sampai ke siku, haha dan lebih lebih lebih handsome lagi kalau perangai dan akhlaknya pun seindah luarannya. Gituuu :p 


You Might Also Like

4 comments

  1. baru sedar benda ni! no wonder la bila pakai baju yang ada box pleat/lipata tengah tu, jadi menggelebeh sebab Ajim kurus! hehe... Ajim singgah sini ye!

    ReplyDelete
  2. em..selama ni tertanya juga la apa benda fungsi dia.. huhu

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)