Pengat Labu Sedap Dan Lazat
February 20, 2019
Assalamualaikum w.b.t
Sejak akhir-akhir ni suka betul buat makanan untuk minum petang. Dari dulu lagi saya memang suka makan pengat labu yang mak saya buat, makan di waktu petang di hidang pulak dengan air teh, memang sedap.
Pengat labu adalah antara makanan tradisional yang susah dah nak cari kat pasar malam atau mana-mana kedai kat luar sana. Tak banyak kedai yang ada jual pengat labu ni. Biasanya kita jumpa makanan ini di hotel-hotel yang menjadikannya sebagai pencuci mulut atau di majlis-majlis perkahwinan dirumah.
Resipi Pengat Labu
Bahan-bahan :
1/2 biji labu
200ml santan
1/2 biji gula melaka / nisang
1/2 biji gula melaka / nisang
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Air secukupnya
Sedikit garam
Cara membuatnya :
1) Bersihkan labu terlebih dahulu dengan cara menghiris kulit labu, buang bijinya dan potong labu tadi kecil2 (potong dadu). Saiz agak2 ye, jangan kecil sangat sebab nanti labu tu cepat hancur. Sedang2 je.
2) Sediakan periuk. Masukkan labu yang sudah dipotong kecil2 tadi ke dalam periuk. Isi air sampai labu kelihatan dah tenggelam.
3) Bila air dah mendidih masukkan pula gula pasir dan gula melaka. Kacau sehingga larut. Selepas itu masukkan santan dan sedikit garam. Kacau sehingga menggelegak. Tutup api.
4) Sedia untuk dihidangkan 😊 Boleh makan dengan roti atau biskut jagung. Saya biasa makan pengat labu ni tanpa roti atau biskut pun, sebab rasa pengat tu sahaja pun dah sedap.
5 comments
wahh menarik. tak pernah buat lagi. tqq sharing
ReplyDeleteMemang sedap pengat labu nie.. Oh ya, akak nak ucapkan TAHNIAH kerana minggu nie awak terpilih untuk direview dalam jurnal akak..
ReplyDeletehttps://www.shikinrazali.com/2019/02/sahabat-blogger-pilihan_19.html
Sedapnya Pengat. dah lama tk makan sejak alah dengan lauk bersantan ni. Tunggu lepas beranak agaknya. ^^
ReplyDeleteSedapnya pengat.. Sha tak makan labu, selalunya kalau mak buat pengak nie Sha makan kuahnya je.. hehehe..
ReplyDeleteHi great reading your post
ReplyDeleteThis blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)