Ikan Bawal Masak Sweet Sour

May 27, 2019

Assalamualaikum w.b.t

Salam 22 Ramadhan 1440H. Pejam celik pejam celik sudah hampir ke penghujung Ramadhan. Masa berlalu begitu pantas. Persiapan raya ala kadar sahaja sama juga seperti tahun-tahun sebelum ni. Cuma bezanya, tahun lepas beraya single. Tahun ni akan sambut Aidilfitri berdua pulak bersama suami tercinta ❤

Semalam pergi ke Family Store dengan suami, macam biasa beli barang-barang basah dan kering untuk stok di rumah. Suami terasa nak makan ikan bawal katanya, hehe. So kami beli 2 ekor ikan bawal hitam untuk makan semasa berbuka puasa. 


Ikan bawal ni ada tiga jenis, bawal putih, bawal hitam dan bawal emas. Perbezaannya yang paling ketara boleh nampak dari segi warnanya. Semalam masih berkira-kira samada nak masak bawal 3 rasa ataupun sweet sour. Both are delicious. Selepas lama berfikir, akhirnya decide untuk masak sweet sour pulak sebab minggu lepas dah masak ikan siakap 3 rasa.

Alhamdulillah terhasillah ikan bawal sweet sour versi saya, yang menggunakan resipi asal dari mak saya, hehe. 

Resipi Ikan Bawal Masak Sweet Sour

Bahan-bahan :

1 ekor ikan bawal
2 ulas bawang merah *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
1 inci halia *hiris
1 sb lada lumat
4 sb sos tomato
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Sedikit garam dan gula

Bahan hiasan : 

1 ulas bawang besar *dipotong bulat
5 tangkai cili api *dibelah dua
1/2 biji lada benggala *option
1 biji tomato *dipotong
Salad *option

Cara membuatnya : 


1) Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan terlebih dahulu sehingga separuh masak. Toskan dan ketepikan seketika.

2) Menggunakan sedikit daripada minyak yang sama tadi, tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Setelah naik bau, masukkan lada lumat. Goreng sehingga garing. Masukkan sos tomato dan kacau seketika.

3) Masukkan sedikit air untuk dijadikan kuah nanti. Kuantiti air bergantung kepada anda. Kalau suka kuah pekat, letak sedikit sahaja air. Selepas itu masukkan sedikit garam dan gula.

4) Bila dah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Pastikan ikan tenggelam dalam kuah tadi supaya cepat meresap ke dalam isi ikan. 

5) Kemudian masukkan pula bawang besar dan cili padi. Kacau sedikit supaya sebati bersama kuahnya, dan akhir sekali masukkan tomato.

Siap! Sedia untuk dihidangkan. Isi lauk dalam pinggan yang berisi daun salad yang dah susun cantik-cantik tadi 😊


You Might Also Like

6 comments

  1. sedap sedap sedap ikan bawal sweet sour

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, terima kasih kongsi resepi^^

    ReplyDelete
  3. Baru je buat menu ni dalam minggu sebelum raya haji hari tu ... tapi ikan bawal tak berapa fresh, lalu hilanglah rasa manis ikan .. sedih tul

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)