Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar sahabat blogger semua? Semoga sihat sejahtera selalu. Dah lama tak update blog kesayangan ni, bersawang dah agaknya, ibarat tinggal rumah lama-lama, mesti banyak sawang dekat bumbung, dekat siling, celah dinding semua tu.
Gambar CC : Google |
Semua yang berlaku ada hikmahnya. Semoga yang baik-baik saja akan datang kepada kita nanti dan dipermudahkan segala urusan.
Bermulanya dari hujung tahun lepas sehingga sekarang seluruh dunia berperang dengan CoViD-19. Apa itu CoViD-19? Mesti semua dah tahu kan. Disebabkan virus ni jugak semua orang di pelusuk dunia sedang berkurung dalam rumah masing-masing bagi menghentikan rantaian CoViD-19 ni.
Terima kasih kepada barisan frontliners yang sentiasa bertungkus lumus membanteras wabak ni. Pada masa yang sama rasa sangat bersyukur kerana kita mempunyai seorang Ketua Pengarah KKM yang bijak dan cekap dalam menangani wabak pandemik ni. Alhamdulillah.
Semoga kita semua sentiasa ikut saranan KKM sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Kepatuhan kita tu akan memberi kesan kepada tempoh PKP ni. Mesti kita taknak PKP ni dilanjutkan, betul tak? Ramai orang yang tak dapat berpuasa bersama keluarga tahun ni, mungkin jugak tak dapat menyambut Aidilfitri bersama kalau PKP ni dilanjutkan. Ada yang terpisah dengan ibu bapa, suami/isteri, anak-anak dan sebagainya.
Ya Allah, semoga CoViD19 ni cepat berlalu pergi sepertimana cepatnya mereka datang dan merebak ke seluruh dunia. Aaminn.
#TakeCare #StayHome #BreakTheChain #CoViD19 #KitaMestiMenang