Assalamualaikum w.b.t,
Sekarang dah tahun 2017 kalau korang perasan layout dashboard blogger dah berwajah baru. Antara perubahan yang berlaku adalah pada bahagian follower widget. Satu hal yang aku perasan follower widget di blog aku tiba-tiba boleh 'hilang' hujung tahun lepas. Yang peliknya blog orang lain elok je ada. Aku ada terbaca beberapa blogger pun pernah alami masalah ni. So bukan blog ni je lah rupanya yang hilang follower widget tu 😂
So kalau ada lagi antara korang yang alami masalah ni, boleh lah try tutorial kat bawah ye (Refer gambar)
Ada 3 steps je :
1. Pergi ke DASHBOARD > Lihat pada bahagian FOLLOWER > Klik pada bilangan follower korang.
2. Akan keluar new window. Lepas tu korang klik pada "ADD THE FOLLOWERS GADGET"
3. Then korang isi tajuk untuk widget follower masing-masing. Kalau nak guna default styles/color pada widget tu, korang just "TICK" pada petak. Lepas tu klik SAVE.
Okay, DONE ! Cuba buka semula blog korang. Menjadi tak? Kalau menjadi alhamdulillah 😊 Jangan lupa adjust semula kedudukan widget follower tu kat bahagian LAYOUT ye.