Ini tentang seorang budak OKU 15 tahun yang dikurung sampai kurus kering..
Ya Allah apa lah salah budak ni sampai diperlakukan begini..
Sedih sangat tengok keadaan dia Ya Allah..
Alhamdulillah budak ni masih selamat ketika ditemui oleh Jabatan Imigresen dalam rumah flat..
Menurut sumber di sini, ibu remaja malang ni dah ditahan untuk siasatan lanjut..
Aku tak tahu cerita sebenar macam mana boleh jadi macam ni kat budak ni, so aku tak boleh nak tulis macam-macam, takut nanti bagi maklumat salah..
Apa-apa pun aku rasa bersyukur sangat sebab budak ni masih hidup dan ditemui oleh orang yang bertanggungjawab, sekurang-kurangnya dia mendapat rawatan yang sepatutnya dia dapat..
Persoalannya, di manakah keperikemanusiaan orang yang melakukan kekejaman ni?
Allah sentiasa melindungi orang-orang yang teraniaya lebih-lebih lagi OKU macam ni :'(