Lima situasi kat atas tu bukan sahaja berlaku kat lelaki, tapi jugak kat perempuan. Kalau dengan kawan baik, memang terserlah la perangai sebenar kita. Kalau kita gurau-gurau kasar sikit, dorang tak terasa hati kan. Sebab kawan baik tu dah tahu dan faham benar dengan perangai kita. Senang citer sama-sama satu kepala. Berbeza dengan kawan biasa, yang jarang berjumpa, kadang-kadang kalau jumpa pun senyum-senyum je.
Bukan senang nak jumpa kawan yang satu kepala dengan kita, yang boleh terima baik buruk kita, yang selalu bersama tak kira ketika susah atau senang. Mungkin satu dalam sejuta. Kalau dah jumpa, hargailah. Zaman sekarang ni, ramai orang yang cari kita masa mereka susah je, bila dah senang, hilang entah ke mana. Lumrah kehidupan.
Selamat menonton :)