Tadi ada buah nangka yang dah masak kat belakang rumah, dah lama jugak ayah aku tanam pokok nangka tu, dah banyak kali jugak berbuah dan berjasa pada tuannya, alhamdulillah. Bila tanam sendiri ni senang la jugak, sebab boleh makan free, tapi kena sabar la tunggu dia berbuah. Kalau silap haribulan, ada jugak pokok yang tak berbuah, sedih jugak kan, tanam lama-lama tapi takde buah. Disebabkan ayah suka berkebun, dapat la merasa buah-buahan tempatan dari kebun sendiri, hehe
Petang tadi, akhirnya sampai jugak hadiah dari Irine Nadhirah, iaitu sponsor untuk GA Ramadhan Raya by Syira Lokman, Irine ni sponsor untuk 2 x brooch, comel sangat brooch tu, warna pink dan hijau tua. Alhamdulillah, orang memberi, kita menerima, dan 'tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima'. Terima kasih kepada Syira Lokman, iaitu penganjur GA ni, dan tahniah jugak kepada para pemenang yang lain ^^
2 x brooch yang comel, thanks Irine ! :) |